2 gol belum jamin tempat Tok Gajah

September 17, 2017

Oleh : Asrol Awang

KUANTAN: Kelebihan dua jaringan belum menjamin Pahang layak ke separuh akhir Piala Malaysia musim ini, susulan kejayaan menewaskan Perak 3-1 pada suku akhir pertama di Stadium Darul Makmur, malam tadi.

Demikian menurut penolong pengendali Pahang, Ahmad Shaharuddin Rosdi.

Katanya, kejayaan skuad Bos Gaurus memperoleh satu gol pada aksi itu, bermakna ia memerlukan aksi lebih kemas dipersembahkan mereka apabila bertandang ke Stadium Perak bagi aksi kedua minggu depan.

Menurutnya, aksi kedua di tempat lawan memerlukan skuad kendaliannya mendapatkan gol awal bagi memberi tekanan kepada tuan rumah.

“Kita ada sedikit modal (bekalan dua gol) dan pada masa sama kita akan berusaha menyekat rentak Perak.

“Saya berpuas hati dengan semua pemain yang dapat menguasai permainan dengan baik dan menjaringkan tiga gol,” katanya.

Mengulas kemenangan itu, Shaharuddin berkata, skuadnya bermula dengan baik dan berjaya menyempurnakan tiga gol pada separuh masa pertama.

“Misi kita untuk mencatat kemenangan sudah menjadi kenyataan malam tadi.

Pemain memanfaatkan peluang bermain di laman sendiri dengan baik dan ia sudah membuka peluang kepada kami melangkah ke separuh akhir,” katanya.

Berita Asal


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features

  • MFL janji saingan Liga Malaysia 2019 lebih meriah

    Malaysia Football League (MFL) menjanjikan saingan yang lebih meriah dan menyeluruh untuk Liga Malaysia pada musim 2019 berikutan beberapa lagi

    Read More…

  • Sumareh kini pemain tempatan

    Penantian Sumareh untuk bergelar pemain tempatan berakhir apabila Malaysia Football League (MFL) kini meluluskan permohonan rayuan Pahang untuk menjadikan beliau

    Read More…

  • KL ujian pertama

    Skuad warga kota, Kuala Lumpur akan menjadi lawan pertama pasukan Pahang dalam saingan Liga Super untuk musim ini setelah jadual

    Read More…

  • Kena tunggu

    Pahang terpaksa menunggu selewat-lewatnya 16 Januari ini jika mahu mendaftarkan pemain naturalisasi Malaysia yang pertama Mohamadou Sumareh sebagai pemain tempatan

    Read More…

  • Bangkok sekali lagi jadi destinasi pra musim

    Sekali lagi seperti dua tahun sebelum, negara jiran Thailand menjadi pilihan untuk pasukan Liga Super Pahang menjadikan medan bagi mencari keserasian

    Read More…