2 perlawanan Unifi Liga Super ditunda

March 21, 2018

Pengelola Liga Malaysia, Football Malaysia Liability and Limited Partnership (FMLLP) melalui media sosialnya mengumumkan penangguhan dua perlawanan Unifi Liga Super dan juga dua perlawanan 100plus Liga Premier ke satu tarikh baru sebentar tadi.

Dua perlawanan Unifi Liga Super itu melibatkan perlawanan ke 6 pada 30 Mac dimana Pahang akan menentang Johor DT di tempat lawan dan juga perlawanan ke 7 menentang PKNP pada 4 April di tempat sendiri.

Tarikh baru bagi perlawanan tersebut ialah pada 5 & 6 Jun iaitu pada bulan Ramadhan untuk perlawanan menentang Johor DT dan 10 & 11 Julai untuk perlawanan menentang PKNP di Kuantan.

Penangguhan ini adalah alasan permintaan pengurusan pasukan kebangsaan kerana skuad Harimau Malaya yang akan mengadakan satu lagi perlawanan persahabatan pada 31 Mac atau 1 April setelah menghadapi dua perlawanan sebelum itu menentang Mongolia pada 22 Mac di Kuala Lumpur dan Lebanon (27 Mac) di Beirut.

Kenyataan itu bagaimanapun tidak menyatakan pasukan mana yang bakal dihadapi skuad kebangsaan untuk tambahan perlawanan yang diadakan pada luar kalendar antarabangsa FIFA.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features

  • Pahang terus pimpin liga

    Pahang kembali merampas kedudukan teratas liga setelah menang bergaya dengan keputusan 3-0 kepada pasukan jiran Terengganu FC dalam saingan Liga Super malam tadi.

  • Tiket mula dijual esok

    Penjualan tiket bagi perlawanan pertama Liga Super di antara Pahang menentang Terengganu FC di Stadium Darul Makmur pada hari Sabtu akan dilakukan pada esok pagi.

  • Kim Swee panggil 3 pemain Pahang

    Ketua Jurulatih B-22 kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee mengumumkan 26 senarai pemain yang dipanggil menjalani latihan pusat skuad itu yang mana 3 daripadanya adalah dari pasukan Pahang.

  • Nwakaeme buktikan masih berbisa

    Dua jaringan ‘orang besi’ Dickson Nwakaeme sudah cukup untuk membuktikan bisanya masih belum hilang setelah membantu Pahang membenam cabaran Kuala

    Read More…

  • Pemain dan Jersi baru Pahang diperkenal

    Pasukan Pahang semalam mengadakan sesi memperkenalkan pemain dan juga jersi terbarunya jenama UMBRO dalam majlis penuh meriah dihadiri ribuan peminat

    Read More…

Copyright © 2015 Pahang FA. All Right Reserved