3 pemain ke Pyongyang dan Hong Kong

September 26, 2017

Ketua Jurulatih skuad kebangsaan, Nelo Vingada semalam mengumumkan senarai 24 pemain yang menjadi pilihan beliau bagi menghadapi saingan kelayakan Piala Asia 2018 yang turut dibarisi tiga pemain dari skuad Tok Gajah.

Pemain tersebut ialah dua pemain tengah iaitu Kiko Insa dan Norazam Azih serta Ketua Pasukan Mathew Davies yang dikehendaki hadir melapor diri di sesi latihan pusat di Johor Bahru bermula Sabtu ini, 30 September sebelum bertolak ke Pyongyang pada Selasa depan 3 September 2017.

Kiko mendapat panggilan kali kedua setelah mengisi kesebelasan utama Malaysia ketika menentang Hong Kong di Stadium Hang Jebat bulan lalu manakala Matthew dan Azam baru sahaja memenangi pingat perak bersama skuad bawah 22 tahun negara semasa Kejohanan Sukan SEA dimana Malaysia menjadi tuan rumah.

Skuad Harimau Malaysia dijadualkan menentang menghadapi dua perlawanan Kumpulan B, Kelayakan Piala Asia 2019 bertemu Korea Utara di Stadium Kim Il-Sung, Pyongyang pada 5 Oktober dan Hong Kong di Stadium Hong Kong pada 10 Oktober 2017.

Malaysia yang menghuni tangga tercorot ketika ini dalam kumpulan setelah hanya mengutip 1 mata dari dua perlawanan setelah tewas pada Labenon 1-2 di Johor Bahru dan satu lagi perlawanan menentang Hong Kong hanya berkesudahan dengan seri 1-1.

 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features