4 pemain dapat panggilan kebangsaan

August 20, 2019

Empat pemain Pahang antara 27 pemain menjadi pilihan Ketua Jurulatih Harimau Malaya Tan Cheng Hoe bagi menghadapi beberapa perlawanan antarabangsa di bulan Ogos dan September seperti yang diumumkan oleh FAM semalam.

Norshahrul Idlan Talha, Matthew Davies, Mohamadou Sumareh dan Norazam Azih sekali lagi dipanggil seperti ketika panggilan terakhir negara ketika perlawanan kelayakan Piala Dunia/ Piala Asia menentang Timor Laeste pada pada Jun.

Walaubagaimanapun, seorang lagi pemain yang dipanggil sebelum ini iaitu Faisal Halim digugurkan.

Sesi latihan skuad negara yang bermula Ahad, 25 Ogos 2019 adlah bagi menghadapi menghadapi Perlawanan Antarabangsa Tier 1 dan 2 perlawanan Kumpulan G bagi Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Malaysia akan bertemu Jordan di Stadium Bukit Jalil pada Jumaat, 30 Ogos ini dan senarai akan dipendekkan kepada 23 orang bagi menghadapi Indonesia di Jakarta pada 5 September dan UAE di Bukit Jalil pada 10 Sebtember (Selasa).


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Match

(PM6)
Malaysia Cup
Penang State Stadium, BATU KAWAN