4 pemain Pahang dapat panggilan negara

March 14, 2018

Seramai 4 pemain dari pasukan Pahang dipanggil oleh negara masing-masing bagi menghadapi dua perlawanan antarabangsa yang dijadualkan berlangsung pada 20 hingga 28 Mac ini dimana skuad kebangsaan masing-masing akan menghadapi satu perlawanan persahabatan dan juga satu perlawanan kelayakan Piala Asia 2019.

Ketua Pasukan Pahang, Mathew Davies bersama pemain tengah bawah 23 tahun negara Norazam Azih menjadi pilihan Ketua Jurulatih Harimau Malaya yang baru Tan Cheng Hoe untuk mengisi senarai 29 pemain yang diumumkan petang semalam.

Kedua-dua pemain ini dikehendaki melapor diri pada 18 Mac 2018 selepas perlawanan pusingan ke tiga Piala FA di Wisma FAM apabila kesemua pemain akan dikumpulkan bagi menghadapi pasukan Mongolia pada 22 Mac di Kuala Lumpur dan Labenon (27 Mac) di Beirut.

Selain itu, dua pemain import Pahang iaitu Chan Vathanaka dan Safuwan Baharuddin juga dipanggil untuk persiapan pasukan kebangsaan masing-masing.

Chan Vathanaka bersama 22 pemain lain telah dipanggil Ketua Jurulatih Laos, Prak Sovannara bagi menghadapi dua perlawanan iaitu perlawanan persahabatan menentang Laos di tempat lawan dan Kelayakan Piala Asia 2019 menentang Afghanistan (27 Mac) juga di tempat lawan.

Ketua Jurulatih Singapura, V Sudram Moorthy menyenaraikan pemain tengah Pahang Safuwan Baharuddin bagi menghadapi dua perlawanan menentang Maldives pada 23 Mac di Singapura dan Chinese Taipei di tempat lawan pada 27 Mac 2018.

Safuwan dipanggil bersama 23 pemain lain termasuk 4 pemain Singapura lain yang beraksi di Malaysia iaitu Harris Harun (Johor DT), Faris Ramli (PKNS FC), Hafiz Sujad (Johor DT II) dan Shahdan Sulaiman (Melaka United).

Untuk rekod, ketiga-tiga pasukan sudah pun tersingkir dari perebutan slot ke Piala Asia 2019 yang dijadulkan berlangsung di UAE dan perlawanan pada 27 Mac hanya sekadar pelengkap jadual.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features