Tok Gajah uji kelab Thailand, Kemboja

January 7, 2019

Oleh Asrol Awang

KUANTAN: Pahang akan menguji dua kelab Thailand dan sebuah kelab Kemboja pada aksi persahabatan di Bangkok minggu ini sebagai persediaan mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M).

Dua kelab Thailand terbabit adalah Chonburi FC dan Army United manakala Visakha FC dari Kemboja dan Pahang akan berada di negara jiran itu selama seminggu bermula hari ini.

Pengurus Tok Gajah, Datuk Mohammed Suffian Awang berkata, aksi persahabatan itu diharap dapat membantu meningkatkan kualiti permainan skuad berkenaan.

“Bertemu kelab dari Thailand dan Kemboja diyakini dapat membantu pasukan sebelum saingan Liga M memulakan aksi pada Februari depan.

“Aksi persahabatan itu bukan sahaja menilai prestasi pemain, malah turut menguji beberapa pemain import sebelum diserapkan dalam pasukan.

“Kita harap dapat menyenaraikan pemain import berkaliber untuk memperkasakan pasukan tidak hanya di posisi serangan, malah tengah dan pertahanan,” katanya.

Sebagai persediaan mengharungi Liga M musim ini, skuad kendalian Dollah Salleh tidak melanjutkan kontrak tiga pemain import iaitu Patrick Cruz, Austin Amutu dan Issey Nakajima.  Bulan lalu, Pahang mengesahkan penyerang Jamaica, Errol Stevens dan bekas pemain Melaka United, Lee Chang Hoon dari Korea Selatan  menjalani sesi ujian pemilihan.

Namun, tiada keputusan rasmi sama ada skuad Tok Gajah berminat mendapatkan khidmat dua pemain terbabit.

Berita Asal


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features

  • MFL janji saingan Liga Malaysia 2019 lebih meriah

    Malaysia Football League (MFL) menjanjikan saingan yang lebih meriah dan menyeluruh untuk Liga Malaysia pada musim 2019 berikutan beberapa lagi

    Read More…

  • Sumareh kini pemain tempatan

    Penantian Sumareh untuk bergelar pemain tempatan berakhir apabila Malaysia Football League (MFL) kini meluluskan permohonan rayuan Pahang untuk menjadikan beliau

    Read More…

  • KL ujian pertama

    Skuad warga kota, Kuala Lumpur akan menjadi lawan pertama pasukan Pahang dalam saingan Liga Super untuk musim ini setelah jadual

    Read More…

  • Kena tunggu

    Pahang terpaksa menunggu selewat-lewatnya 16 Januari ini jika mahu mendaftarkan pemain naturalisasi Malaysia yang pertama Mohamadou Sumareh sebagai pemain tempatan

    Read More…

  • Bangkok sekali lagi jadi destinasi pra musim

    Sekali lagi seperti dua tahun sebelum, negara jiran Thailand menjadi pilihan untuk pasukan Liga Super Pahang menjadikan medan bagi mencari keserasian

    Read More…