7 pemain dapat panggilan Harimau Malaya

March 6, 2019

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan melalui laman webnya untuk memanggil sebanyak 7 pemain Pahang untuk menyertai latihan pusat untuk dua pasukan yang berlainan yang masing-masin akan menyertai dua Kejohanan yang akan dijalankan di Kuala Lumpur Mac ini.

Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Ho telah menyenaraikan Ketua pasukan Pahang Mathew Davies, pemain sayap Mohamadou Sumareh, penyerang Norshahrul Idlan Talha dan pemain tengah Norazam Azih diantara 25 pemain sebagai persiapan menghadapi kejohanan antarabangsa empat negara, Piala AIRMARINE 2019 dan juga satu perlawanan antarabangsa menentang Nepal bermula 12 Mac ini.

Skuad Harimau Malaya bakal menghadapi dua perlawanan pada Piala AIRMARINE 2019 iaitu bertemu Singapura pada perlawanan pertama pada Rabu, 20 Mac 2019 dan berdepan pemenang antara Oman atau Afghanistan pada perlawanan kedua pada Sabtu, 23 Mac 2019.

Ketua Jurulatih skuad B-23 Negara, Datuk Ong Kim Swee juga dalam masa yang sama mengeluarkan senarai 27 pemain untuk menyertai kem latihan pusat bermula Ahad ini, 10 Mac 2019 bagi persiapan menghadapi kelayakan Kejuaraan B-23 AFC 2020 di Shah Alam.

Sekali lagi R Kogileswaren dan R Dinesh menjadi pilihan Kim Swee selain Faisal Halim yang dipanggil setelah tidak diberi pelepasan dalam kejohanan AFF B-22 sebelum ini.

Skuad B-22 kebangsaan ini akan menjalani latihan selama tujuh hari di Padang Latihan Sime Darby, Bukit Jelutong, Shah Alam.

Satu perlawanan persahabatan antarabangsa bertemu Australia B-22 di Stadium Shah Alam pada 17 Mac 2019 dan kemudiannyan Kim Swee akan mengumumkan senarai akhir 23 pemain bagi membawa cabaran Malaysia pada saingan kelayakan Kumpulan J itu.

Untuk kelayakan Kejuaraan B-23 AFC 2020, Malaysa diundi sekumpulan dengan Filipina, Laos dan China dengan Stadium Shah Alam akan menjadi venue perlawanan.

Malaysia akan bermula dengan aksi bertemu Filipina pada 22 Mac (Jumaat), diikuti aksi menentang Laos pada 24 Mac (Ahad) dan China pada 26 Mac (Selasa), ketiga-tiga perlawanan di Stadium Shah Alam, jam 8.45 malam.

Hanya juara setiap kumpulan bagi saingan kelayakan ini (11 pasukan) akan layak secara automatik ke pusingan akhir Kejuaraan B-23 AFC 2020 bersama tuan rumah, Thailand manakala hanya empat/lima pasukan tempat kedua terbaik akan turut layak bagi melengkapkan senarai 16 pasukan.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Match

(LS7)
9:00 pm
Super League
Tun Abdul Razak Stadium, JENGKA

Felda United vs Pahang

(FA2R)
9:00 pm
Shopee FA Cup
Darul Makmur Stadium, KUANTAN

Pahang vs Persada Intergriti Bersatu FC