Tok Gajah uji keserasian di Bangkok

January 8, 2019

KUANTAN 6 Jan. – Skuad Tok Gajah akan berlepas ke Bangkok, Thailand, hari ini bagi mengadakan tiga perlawanan pramusim di sana dalam usaha menguji keserasian pemain tempatan dan import.

Keserasian menjadi aspek penting buat Tok Gajah yang perlu memilih pemain import berkualiti dan menepati kriteria yang mampu memberi sumbangan besar terhadap prestasi pasukan selepas menamatkan khidmat Patrick Cruz, Austin Amutu dan Issey Nakajima.

Pengurus Pahang, Datuk Mohammed Suffian Awang berkata, dalam tempoh seminggu di sana, Pahang akan menguji beberapa pemain import bagi mengisisi kekosongan bahagian serangan, tengah dan pertahanan.

Beliau yang enggan mendedahkan identiti pemain itu berkata, antara pemain import yang bakal diuji dalam perlawanan pramusim itu dari Indonesia, Perancis dan Brazil.

“Buat masa ini, kita hanya mempunyai Muhammad Safuwan Baharudin dari Singapura dan pemain Gambia, Mohamadou Sumareh.

“Bagaimanapun, jika Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) memberi peluang kepada Sumareh bermain sebagai pemain tempatan, kita mempunyai empat kekosongan pemain import,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, semalam.

Jelasnya, sehingga kini, boleh dikatakan semua pemain tempatan yang bermain bersama Tok Gajah, musim lalu kekal dengan skuad itu.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Match

(LS7)
9:00 pm
Super League
Tun Abdul Razak Stadium, JENGKA

Felda United vs Pahang

(FA2R)
9:00 pm
Shopee FA Cup
Darul Makmur Stadium, KUANTAN

Pahang vs Persada Intergriti Bersatu FC