ABK18 : Pahang tercalon dalam 5 kategori

November 2, 2018

Malaysia Football League menerusi laman sosial Facebooknya semalam mengumumkan senarai akhir 3 calon bagi setiap kategori untuk  Anugerah Bolasepak Negara 2018 yang bakal dilangsungkan 5 November dengan Pahang telah dicalonkan dalam 5 kategori.

Ketua Jurulatih Pahang, Dollah Salleh yang mengemudi Pahang menjuarai Piala FA 2018 menjadi 3 calon teratas dalam kategori Jurulatih terbaik untuk bersaing dengan dua lagi jurulatih iaitu B.Sathinathan dari Felda United dan Mehmed Durakovic dari Perak.

Matthew Davies yang juga Ketua pasukan Pahang tersenarai buat kali ketiga berturut-turut dalam kategori Pertahanan terbaik yang akan bersaing dengan Shahrul Saad (Perak) dan S Kunanlan (Johor DT). Matthew merupakan  pemenang pada musim 2017.

Pemain muda Pahang yang beraksi di posisi tengah, Norazam Azih sekali lagi tercalon kali ini apabila bersaing dengan dua lagi rakan yang juga anggota skuad B23 kendalian Datuk Ong Kim Swee iaitu Safawi Rasid (Johor DT) dan Nik Mohd Akif Syahiran (Kelantan)

Pencalonan seterusnya adalah untuk pemain import Pahang dari Singapura Safuwan Baharuddin yang akan bersaing dalam kategori pemain ASEAN terbaik. Beliau akan bersaing dengan dua lagi rakan senegaranya Harris Harrun dan Faris Ramli yang masing-masing mewakili pasukan Johor DT dan PKNS FC.

Untuk pencalonan terakhir ialah untuk kategori penyokong terbaik yang mana Pahang sekali dicalonkan setelah tercalon pada musim 2017 dan akan bersaing dengan penyokong Johor DT dan penyokong Kedah.

Calon-calon akhir ini adalah 3 calon teratas yang 10 calon yang disenarai pendek hasil undian dari 69 individu iaitu Jurulatih seramai 23 orang, Ketua Pasukan (23 orang) dan juga wakil Media (23 orang).

Anugerah Bolasepak Kebangsaan pada tahun ini akan diadakan pada hari Isnin, 5 November 2018 dan berlangsung di Hotel Pullman, Bangsar Kuala Lumpur bermula jam 8.00 malam dan akan disiarkan secara langsung oleh Astro Arena dan juga applikasi iflix untuk secara streaming.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features