Afif sedia kekang Bujang Senang

February 3, 2017

Oleh : Asrol Awang

KUANTAN: Mohd Afif Amiruddin mengakui pujian peminat terhadap skuad Tok Gajah yang menang besar 5-0 ke atas T-Team pada 27 Januari lalu memberi semangat kepadanya untuk terus mempamerkan prestasi konsisten.

Pemain pertahanan kelahiran Kota Bahru, Kelantan itu mengakui kemenangan pada awal musim Liga Super ini cukup penting untuk mencapai misi meraih kejayaan bermakna selepas Pahang gagal menyerlah musim lalu.

Namun, pemain berusia 32 tahun itu berkata, masih terlalu awal untuk menilai prestasi Tok Gajah memandangkan baru dua perlawanan dilalui pasukan itu.

“Keputusan seri 1-1 (dengan Perak) dan menang 5-0 (T-Team) adalah permulaan baik tetapi kami perlu meningkatkan lagi prestasi kerana banyak lagi perlawanan yang kita kena hadapi selepas ini.

“Kami perlu bersiap sedia dan fokus pada setiap perlawanan bagi memastikan Pahang meraih tiga mata dan mengukuhkan kedudukan dalam saingan liga,” katanya.

Ditanya peluang meraih mata apabila bertemu Sarawak di Stadium Negeri Sabtu ini, Afif menegaskan selaku tuan rumah, sudah pasti skuad Bujang Senang mahu mengutip tiga mata kerana ia adalah perlawanan pertama di tempat sendiri pada musim ini.

Katanya, kelebihan beraksi di laman sendiri sudah pasti akan dimanfaatkan sebaik mungkin dan sebagai pelawat, skuad Pahang akan memberi tentangan sengit untuk menyekat kebangkitan Sarawak.

”Berdasarkan prestasi semasa skuad Tok Gajah ketika ini, saya rasa tidak ada masalah dan boleh mencuri mata pada Sabtu ini. Saya percaya kami tidak akan pulang hampa dari Kuching,” katanya yang bergandingan dengan Matthew Davies (kapten), Heo Jae Won dan Faisal Rosli di bahagian pertahanan.

Berita asal


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features

  • MFL janji saingan Liga Malaysia 2019 lebih meriah

    Malaysia Football League (MFL) menjanjikan saingan yang lebih meriah dan menyeluruh untuk Liga Malaysia pada musim 2019 berikutan beberapa lagi

    Read More…

  • Sumareh kini pemain tempatan

    Penantian Sumareh untuk bergelar pemain tempatan berakhir apabila Malaysia Football League (MFL) kini meluluskan permohonan rayuan Pahang untuk menjadikan beliau

    Read More…

  • KL ujian pertama

    Skuad warga kota, Kuala Lumpur akan menjadi lawan pertama pasukan Pahang dalam saingan Liga Super untuk musim ini setelah jadual

    Read More…

  • Kena tunggu

    Pahang terpaksa menunggu selewat-lewatnya 16 Januari ini jika mahu mendaftarkan pemain naturalisasi Malaysia yang pertama Mohamadou Sumareh sebagai pemain tempatan

    Read More…

  • Bangkok sekali lagi jadi destinasi pra musim

    Sekali lagi seperti dua tahun sebelum, negara jiran Thailand menjadi pilihan untuk pasukan Liga Super Pahang menjadikan medan bagi mencari keserasian

    Read More…