Afif tak sabar berdepan Lang Merah

June 11, 2019

PEMAIN pertahanan Pahang, Afif Amiruddin yang pulih daripada kecederaan lutut kanan sedia disenaraikan berdepan Kedah di Stadium Darul Aman, Alor Setar Jumaat ini.

Pemain kelahiran Kelantan itu berkata, biarpun kali terakhir beraksi ketika skuad Tok Gajah menewaskan PKNP FC 3-0 pada 2 Mac lalu, dia semakin yakin dengan kemampuannya.

“Setakat ini, segalanya lancar sebaik saya serta rakan lain kembali menjalani latihan pada 3 Syawal selepas menyambut Aidilfitri.

“Kecederaan dialami juga sudah pulih sepenuhnya dan saya sudah bersedia untuk membantu pasukan mencatat kemenangan apabila berdepan Kedah nanti,” katanya.

Ditanya peluang Tok Gajah menafikan Lang Merah mengutip tiga mata, Afif berkata, Pahang boleh menang jika semua pemain dapat memberikan persembahan terbaik mereka.

Katanya, kesungguhan semua pemain ketika sesi sesi latihan dengan percaturan jurulatih, Dollah Salleh diharapkan menjadi di gelanggang lawan.

“Fokus utama kami ialah mengutip tiga mata di Alor Setar dan dengan kerjasama semua pemain, kami boleh menewaskan mereka bagi mengutip tiga mata berharga,” katanya.

Artikel Asal : https://www.hmetro.com.my/arena/2019/06/464141/afif-tak-sabar-berdepan-lang-merah


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Match

(PM4)
Malaysia Cup
Darul Makmur Stadium, KUANTAN

(PM5)
Malaysia Cup
Perak Stadium, IPOH