Amuk Pahang di Kuantan

May 26, 2018

Rentetan kekalahan untuk kali ketiga Pahang berjaya dielakkan apabila membelasah Kuala Lumpur 4-0 dalam perlawanan ke-12 Unifi Liga Super Malaysia di Stadium Darul Makmur semalam.

4 jaringan pemain berbeza termasuk 2 daripadanya dari pemain import baru pasti menggembirakan pasukan dan lebih-lebih lagi penyokong berikutan aksi hambar mereka sebelum ini.

Terlebih dahulu, Dollah Salleh yang dibelenggu masalah kecederaan menurunkan barisan yang sama semasa tewas menentang Kedah kecuali Zubir Azmi yang menggantikan Faisal Rosli berikutan kecederaan yang dialami pemain itu di Alor Setar sebelum ini.

Kuala Lumpur bagaimanapun terlebih dahulu mengancam kubu Pahang seawal minit ke 3 apabila De Paula berjaya memperolehi peluang dengan hanya berhadapan penjaga gol namum kecekapan Helmi Eliza berjaya menafikan gol awal Kuala Lumpur.

Kemudian, Pahang kembali menguasai permainan untuk memburu gol pertama dan hasilnya pada minit ke 7 Muslim menanduk bola hasil sepakan percuma Nor Azam yang mudah menewaskan Solehin.

Pahang bagaimanapun tersentak seketika apabila penyerang importnya, Patrick Cruz terpaksa dikeluarkan kerana mengalami kecederaan dan ditukarkan dengan R Kogileswaren.

5 Minit sebelum permainan berhenti berehat, Safuwan kemudiannya menambah satu lagi gol setelah menanduk bola sepakan sudut Kogileswaren setelah penjaga gol Kuala Lumpur gagal membuat agakan tepat pada bola sepakan sudut tersebut.

Bersambung babak kedua, Kuala Lumpur terus tertekan dengan Pahang terus menerus menyerang dan berjaya memperolehi beberapa peluang melalui Issey Nakajima, Kogileswaren dan juga Iwuji Amutu.

Pahang kemudian menambah jaringan ketiga melalui Issey juga berpunca dari situasi bola mati yang ditanduk ke dalam kotak penalti oleh Safuwan untuk Iwuji membuat tendangan susulan namun berjaya ditepis oleh Solehin.

Issey yang berada berdekatan mudah menanduk bola ketika penjaga gol sudah pun tertewas.

Iwuji juga tidak mengalah untuk meletakkan nama sebagai penjaring setelah menamatkan malam gemilang Pahang untuk menjaringkan gol keempat Pahang pada minit ke 88′ sekaligus mengesahkan 3 mata penuh Pahang.

Kemenangan ini membolehkan Pahang naik ke tangga ke 2 sekurang-kurangnya dalam tempoh 24 jam setelah pasukan lain hanya akan beraksi pada malam Sabtu.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features

  • MFL janji saingan Liga Malaysia 2019 lebih meriah

    Malaysia Football League (MFL) menjanjikan saingan yang lebih meriah dan menyeluruh untuk Liga Malaysia pada musim 2019 berikutan beberapa lagi

    Read More…

  • Sumareh kini pemain tempatan

    Penantian Sumareh untuk bergelar pemain tempatan berakhir apabila Malaysia Football League (MFL) kini meluluskan permohonan rayuan Pahang untuk menjadikan beliau

    Read More…

  • KL ujian pertama

    Skuad warga kota, Kuala Lumpur akan menjadi lawan pertama pasukan Pahang dalam saingan Liga Super untuk musim ini setelah jadual

    Read More…

  • Kena tunggu

    Pahang terpaksa menunggu selewat-lewatnya 16 Januari ini jika mahu mendaftarkan pemain naturalisasi Malaysia yang pertama Mohamadou Sumareh sebagai pemain tempatan

    Read More…

  • Bangkok sekali lagi jadi destinasi pra musim

    Sekali lagi seperti dua tahun sebelum, negara jiran Thailand menjadi pilihan untuk pasukan Liga Super Pahang menjadikan medan bagi mencari keserasian

    Read More…