Amutu mahukan sokongan pemain ke-12

September 23, 2018

“Tolong berikan kata-kata semangat, bukan cercaan”, itu luahan penyerang Pahang, Austin Amutu, yang meminta penyokong setia Tok Gajah agar sentiasa menjadi pemain ke-12 pasukan dalam apa jua situasi yang berlaku semasa permainan di atas padang.

Hadir sebagai pengganti Francis Forkey Doe, teryata ia merupakan satu harapan tinggi kepada penyerang berasal dari Nigeria itu.

Masih gagal memenuhi jangkaan penyokong Pahang, Amutu jujur berterus-terang dia sedikit kecewa dengan layanan sebahagian penyokong Pahang kepada dirinya setiap kali turun beraksi.

Maka, situasi itu menjadikan dirinya berperang dengan tekanan setiap kali turun beraksi bersama skuad kendalian Dollah Salleh itu.

“Apabila pemain tidak menjaringkan gol dalam tiga perlawanan, penyokong perlu memberikan sokongan bagi meningkatkan semangat mereka untuk beraksi,” kata Amutu.

Amutu, dalam pada itu, bertekad mahu menjadikan aksi suku akhir bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) sebagai medan mendapatkan kembali kepercayaan peminat.

Walaupun menyedari ia satu tugas sukar memandangkan lawan hadir dengan reputasi tinggi selaku juara bertahan, dia yakin kekuatan semangat berpasukan akan membantu mereka mendapatkan kemenangan selesa di tempat sendiri.

“Pasukan akan cuba yang terbaik dan JDT adalah lawan yang sukar. Beraksi di laman sendiri, Pahang perlu menampilkan prestasi yang berkualiti dan mengelak daripada dibolosi.”

Berita Asal


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features

  • Pahang terus pimpin liga

    Pahang kembali merampas kedudukan teratas liga setelah menang bergaya dengan keputusan 3-0 kepada pasukan jiran Terengganu FC dalam saingan Liga Super malam tadi.

  • Tiket mula dijual esok

    Penjualan tiket bagi perlawanan pertama Liga Super di antara Pahang menentang Terengganu FC di Stadium Darul Makmur pada hari Sabtu akan dilakukan pada esok pagi.

  • Kim Swee panggil 3 pemain Pahang

    Ketua Jurulatih B-22 kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee mengumumkan 26 senarai pemain yang dipanggil menjalani latihan pusat skuad itu yang mana 3 daripadanya adalah dari pasukan Pahang.

  • Nwakaeme buktikan masih berbisa

    Dua jaringan ‘orang besi’ Dickson Nwakaeme sudah cukup untuk membuktikan bisanya masih belum hilang setelah membantu Pahang membenam cabaran Kuala

    Read More…

  • Pemain dan Jersi baru Pahang diperkenal

    Pasukan Pahang semalam mengadakan sesi memperkenalkan pemain dan juga jersi terbarunya jenama UMBRO dalam majlis penuh meriah dihadiri ribuan peminat

    Read More…

Copyright © 2015 Pahang FA. All Right Reserved