ATM jadi halangan Pahang di Pusingan Kedua Piala FA

February 5, 2018

Undian mudah buat Pahang dan dijangka tidak mempunyai masalah melepasi pusingan kedua Piala FA 2018 apabila diundi menentang pasukan dari Liga FAM, ATM dalam sesi undian yang dijalankan sebentar tadi yang disiarkan secara langsung di iflix.

Dalam undian yang dikendalikan oleh bekas pemain kebangsaan yang kini menjadi pengulas sukan, Bernard Stanley itu menyaksikan Pahang diundi di posisi ke 12 manakala pasukan ATM diundi di posisi ke 11.

Undian ini juga meletakkan Pahang bakal menjadi pasukan pelawat manakala ATM akan bertindak sebagai pasukan tuan rumah.

ATM yang tersingkir dari Liga Premier pada musim lepas setelah menduduki tangga tercorot liga kini dikendalikan oleh Azhar Abdullah dan menjadikan Stadium Mindef sebagai venue rasmi mereka.

Perlawanan pusingan pertama Piala FA akan dijadualkan berlangsung pada 13 Februari 2018 manakala pusingan kedua akan berlangsung pada 2 & 3 Mac 2018.

Pusingan pertama hanya melibatkan pasukan di Liga FAM dan juga pasukan dari Liga Sosial manakala pusingan kedua akan melibatkan pasukan dari Liga Premier dan Liga Super.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features