Ayuh ke Ipoh!

January 19, 2017

Mesyuarat Jawatankuasa Rayuan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebentar tadi memutuskan perlawanan sulung Liga Super 2017 antara Perak menentang Pahang boleh dihadiri penonton seperti diumumkan dalam laman Facebook mereka sebentar tadi.

Mesyuarat ini diadakan berikutan rayuan Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) yang sebelum ini dihukum beraksi tanpa penonton sebanyak 3 perlawanan kerana tindakan liar penyokongnya semasa perlawanan menentang JDT I pada 6 Ogos tahun lepas.

FAM melalui Jawatankuasa Tatatertibnya menjatuhkan hukuman tersebut dalam mesyuaratnya pada 2 November 2016 juga mendenda PAFA RM47,500.00 kerana kesalahan tersebut yang merupakan kesalahan kedua.

Jawatankuasa Rayuan juga memutuskan hukuman aksi tanpa penonton ini dikurangkan kepada 2 perlawanan berkuatkuasa perlawanan Liga Super menentang Melaka United dan juga pusingan kedua Piala FA nanti.

Berikutan dengan keputusan ini, penyokong Pahang diseru untuk memberi sokongan kepada pasukan TokGajah yang dijangka melalui pengalaman yang perit untuk berhadapan dengan penyokong tuan rumah yang dijangka memenuhi segenap inci stadium.

AYUH Pahang Superfans!


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features