Azam Azih Tarik Perhatian Peminat Dari Korea Selatan

January 22, 2018

Minggu lepas, skuad Malaysia B-23 mencipta sejarah apabila menjadi pasukan pertama dari Asia Tenggara yang layak ke peringkat suku akhir dalam saingan AFC B-23 di China.

Biarpun kecundang 1-2 kepada Korea Selatan di suku akhir, persembahan anak buah Datuk Ong Kim Swee mencuri per­hatian peminat bola sepak di se­luruh asia apabila berjaya mengekang finalis AFC B-23 edisi kedua di Stadium Kunshan kelmarin.

Seorang penulis daripada laman football tribe,  Keeshaanan Sundaresan mendedahkan penulis sukan dari Korea Selatan terkejut dengan corak permainan pasukan Malaysia dan nama pemain tengah Pahang, Nor Azam Azih menjadi sebutan mereka.

“Tiga-empat pemain Malaysia yang menarik perhatian ramai di Korea Selatan, namun Azam Azih adalah pemain terbaik di atas padang petang semalam.

“Dia cukup tenang bila mendapat bola dan menjadi jambatan yang penting di antara pemain pertahanan dan penyerang Malaysia.

“Fokusnya langsung tidak terjejas meskipun bermain di dalam situasi tekanan tinggi dan itu memberi kelebihan kepada skuad Ong Kim Swee di bahagian tengah,” kata seorang penulis football tribe Korea Selatan, Han Ryu seperti dipetik melalui artikel mereka.

Penulis tersebut turut mendedahkan Azam Azih adalah antara pemain Malaysia yang patut berhijrah menyertai kelab luar negara terutamanya di Korea Selatan.

“Bolasepak di peringkat kelab dan di peringkat antarabangsa cukup berbeza, namun berdasarkan kejohanan ini, saya rasa Safawi Rasid dan Nor Azam Azih adalah dua pemain Malaysia yang mempunyai potensi untuk bermain di luar negara, termasuk Korea.

“Persembahan, tahap keyakinan dan kreativiti yang ditunjukkan oleh kedua-dua individu ini tidak boleh diperkecilkan,” katanya.

Aksi skuad Malaysia Bawah 23 tahun turut mendapat pujian daripada penyokong Korea Selatan yang teruja dengan corak permainan mereka dan menyifatkan kualiti pasukan dari Asia Tenggara semakin meningkat.

“Di Korea Selatan, kebanyakan orang terkejut dengan persembahan yang ditunjukkan oleh anak buah Ong Kim Swee semalam. Mereka bermain sebagai sebuah unit dan menunjukkan semangat berpasukan yang cukup tinggi.

Foto : Facebook FAM

“Setiap kali pemain Korea hilang kawalan bola, pemain Malaysia cukup laju dalam melancarkan ‘counter-attack’ and kebanyakan serangan tersebut jelas mengucar-kacirkan bahagian pertahanan kami.

“Tetapi, yang paling mengejutkan adalah Malaysia berjaya mengawal tempo perlawanan sepanjang separuh masa pertama. Selepas menyaksikan perlawanan semalam, saya yakin bahawa kualiti bolasepak di Asia Tenggara semakin meningkat,” jelasnya.

Sumber: https://football-tribe.com/malaysia/2018/01/21/malaysia-kalah-tipis-penulis-sukan-korea-selatan-kongsikan-pendapat-tentang-anak-buah-oks/1/


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features

  • MFL janji saingan Liga Malaysia 2019 lebih meriah

    Malaysia Football League (MFL) menjanjikan saingan yang lebih meriah dan menyeluruh untuk Liga Malaysia pada musim 2019 berikutan beberapa lagi

    Read More…

  • Sumareh kini pemain tempatan

    Penantian Sumareh untuk bergelar pemain tempatan berakhir apabila Malaysia Football League (MFL) kini meluluskan permohonan rayuan Pahang untuk menjadikan beliau

    Read More…

  • KL ujian pertama

    Skuad warga kota, Kuala Lumpur akan menjadi lawan pertama pasukan Pahang dalam saingan Liga Super untuk musim ini setelah jadual

    Read More…

  • Kena tunggu

    Pahang terpaksa menunggu selewat-lewatnya 16 Januari ini jika mahu mendaftarkan pemain naturalisasi Malaysia yang pertama Mohamadou Sumareh sebagai pemain tempatan

    Read More…

  • Bangkok sekali lagi jadi destinasi pra musim

    Sekali lagi seperti dua tahun sebelum, negara jiran Thailand menjadi pilihan untuk pasukan Liga Super Pahang menjadikan medan bagi mencari keserasian

    Read More…