Azam dan Matthew perkuatkan skuad Sukan SEA

August 3, 2017

Ketua pasukan Pahang, Matthew Davies dan pemain tengah Norazam Azih tersenarai dalam 27 pemain yang dipanggil Ketua Jurulatih bawah 22 tahun Datuk Ong Kim Swee untuk menghadapi Kejohanan Sukan SEA 2017 yang mana Malaysia menjadi tuan rumah seperti yang dilaporkan di laman web rasmi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebentar tadi.

Kedua-dua pemain ini yang mencipta kontroversi sebelum ini kerana tidak menyertai skuad Datuk Ong Kim Swee ke Bangkok bagi menghadapi Kelayakan Piala AFC Bawah 23 tahun yang mana Malaysia tampil sebagai juara kumpulan untuk layak ke Kejohanan itu Februari depan yang akan diadakan di China.

Kedua-dua pemain ini gagal mendapat pelepasan daripada Pahang kerana kudrat mereka sangat diperlukan untuk menghadapi Liga Super dan TM Piala Malaysia yang dijalankan serentak dengan kejohanan tersebut.

Kesemua pelatih dikehendaki berkumpul untuk kem latihan pusat fasa akhir bermula Ahad ini (6 Ogos 2017), dan Datuk Ong Kim Swee bakal mengumumkan senarai akhir 20 pemain untuk beraksi pada Sukan SEA 2017 pada 12 Ogos ini.

OKS2 01

Datuk Ong dalam komennya mengganggap ini adalah barisan terbaiknya pada ketika ini dan memilih kembali Matthew dan Norazam kerana pernah bekerjasama bersama pada Sukan SEA yang lalu dan menagih penglaman mereka.

“Ini merupakan barisan terbaik yang dapat saya kumpulkan kecuali terpaksa menggugurkan Beto (Ahmad Khairil Anuar Zamri dari Perak) yang didapati tidak sempat cergas sepenuhnya menjelang Sukan SEA 2017 ini.

“Bagi saya, senarai 27 pemain ini merupakan barisan pemain yang lebih baik berbanding skuad 22 pemain ketika kita ke Bangkok bagi Kelayakan Kejuaraan B-23 AFC 2018, tempoh hari.

“Apabila kem latihan bermula Ahad ini, saya mempunyai lebih kurang seminggu sesi latihan sebelum saya memutuskan senarai akhir 20 pemain untuk didaftarkan pada 12 Ogos.

“Saya akan menggunakan tempoh seminggu ini untuk menilai 27 pemain ini bagi memastikan setiap posisi itu harus mempunyai pemain utama dan pemain pengganti kerana kita tahu yang jadual Sukan SEA 2017 begitu padat.

“Jadi saya perlu memikirkan dari segi kecergasan pemain di mana 20 pemain yang akan dipilih nanti perlu bersedia untuk diturunkan pada setiap perlawanan jika kita layak sehingga ke final.

“Bagi kem latihan kali ini, saya dapat menyenaraikan Matthew Davies dan Nor Azam Abdul Azih, selain memanggil Dominic Tan dan juga Ahmad Azriddin Rosli.

“Matthew dan Nor Azam pernah bersama saya ketika saya mengendalikan skuad Sukan SEA 2015 di Singapura, cuma Nor Azam digugurkan pada saat akhir.

“Jadi bagi saya, tiada masalah untuk pemain-pemain ini membentuk keserasian dengan pemain sedia ada lain termasuk Dominic yang pernah bersama skuad B-22 sebelum ini ketika di bawah kendalian Frank Bernhardt.

“Yang penting, pemain-pemain baharu ini perlu berusaha merebut tempat dan pada masa yang sama sedia untuk bekerjasama antara satu sama lain dengan pemain lain.”

Pada Sukan SEA kali ini, Skuad B-22 kebangsaan akan membuka kempen Kumpulan A berdepan Brunei pada 14 Ogos diikuti aksi bertemu Singapura (16 Ogos), Myanmar (21 Ogos) dan Laos (23 Ogos) dengan kesemua perlawanan berlangsung di Stadium Shah Alam pada jam 8.45 malam.

 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Match

(LS10)
Super League
Perak Stadium, IPOH

(LS11)
Super League
Darul Makmur Stadium, KUANTAN