Azam tekad bantu Pahang ke suku akhir Piala Malaysia

September 8, 2017

Oleh : Asrol Awang
KUANTAN: Selepas membantu skuad negara meraih pingat perak pada Sukan SEA 2017, Nor Azam Azih kembali fokus kepada Pahang terutama bagi memastikan slot suku akhir Piala Malaysia menjadi milik Tok Gajah.

Pemain berusia 22 tahun itu mahu Pahang mencatat kemenangan ke atas T-Team apabila kedua-dua pasukan bertemu di Stadium Darul Makmur, di sini, Sabtu ini.

“Sudah semestinya saya mahu memastikan Pahang layak beraksi di suku akhir Piala Malaysia kerana ingin membantu skuad ini mengulangi pencapaian 2013 dan 2014.

“Tapi kami perlu kekal fokus dan mempamerkan prestasi terbaik kerana hanya kemenangan akan membantu Pahang mengisi slot lapan pasukan terbaik musim ini.

“Tiada yang menggembirakan selain mencatat kemenangan ke atas T-Team biarpun sedar lawan juga memburu tiga mata untuk layak,” katanya.

Nor Azam yang berasal dari FELDA Jengka 21, Maran, berkata pengalaman beraksi pada Sukan SEA 2017 diharap memberi lebih keyakinan untuk beraksi lebih baik.

Katanya, bukan saja dari segi kecergasan, malah kekuatan mental juga perlu diberi penekanan apabila berdepan kelab dari Terengganu itu.

“Saya percaya rakan sepasukan yang diturunkan Sabtu ini akan mempamerkan prestasi dan komitmen tinggi buat pasukan bagi merealisikan impian ke suku akhir piala berprestij ini,” katanya.

Dalam Kumpulan A, Pahang yang mengutip enam mata perlu menang ke atas T-Team jika mahu mengiringi Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) FC yang sudah layak selepas memungut 10 mata.

Ini kerana T-Team dan Negeri Sembilan yang mengutip lima mata masih berpeluang jika meraih tiga mata.

Berita asal


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features

  • MFL janji saingan Liga Malaysia 2019 lebih meriah

    Malaysia Football League (MFL) menjanjikan saingan yang lebih meriah dan menyeluruh untuk Liga Malaysia pada musim 2019 berikutan beberapa lagi

    Read More…

  • Sumareh kini pemain tempatan

    Penantian Sumareh untuk bergelar pemain tempatan berakhir apabila Malaysia Football League (MFL) kini meluluskan permohonan rayuan Pahang untuk menjadikan beliau

    Read More…

  • KL ujian pertama

    Skuad warga kota, Kuala Lumpur akan menjadi lawan pertama pasukan Pahang dalam saingan Liga Super untuk musim ini setelah jadual

    Read More…

  • Kena tunggu

    Pahang terpaksa menunggu selewat-lewatnya 16 Januari ini jika mahu mendaftarkan pemain naturalisasi Malaysia yang pertama Mohamadou Sumareh sebagai pemain tempatan

    Read More…

  • Bangkok sekali lagi jadi destinasi pra musim

    Sekali lagi seperti dua tahun sebelum, negara jiran Thailand menjadi pilihan untuk pasukan Liga Super Pahang menjadikan medan bagi mencari keserasian

    Read More…