Bangkok sekali lagi jadi destinasi pra musim

January 7, 2019

Sekali lagi seperti dua tahun sebelum, negara jiran Thailand menjadi pilihan untuk pasukan Liga Super Pahang menjadikan medan bagi mencari keserasian dan kesefahaman untuk menghadapi Liga Malaysia yang dijangka bermula 1 Februari ini.

Pasukan yang bertolak pada hari ini (7 Januari) akan menghadapi 3 perlawanan persahabatan menentang dua pasukan dari Liga Thailand serta satu lagi kelab adalah dari Liga Kemboja.

Perlawanan-perlawanan yang di rancang adalah menentang pasukan Visakha FC dari Liga Kemboja pada 8 Januari, pasukan dari Liga 1 Thai Chonburi FC (10 Jan) dan yang terakhir menentang pasukan dari Liga 2 Thai Army United (12 Jan) sebelum bertolak pulang pada 13 Jan.

Ini adalah peluang terbaik bagi Ketua Jurulatih, Dollah Salleh menguji barisan pemainnya termasuk mendapatkan keserasian antara pemain import dan pemain tempatan setelah kebanyakkan mereka hanya baru melapor diri pada tahun baru ini.

Selain pemain tempatan yang majoriti dikekalkan, rombongan ini juga disertai dua lagi pemain import yang masih dalam perbincangan iaitu Darryl Hérold Goulon dari Perancis dan Saddil Ramdani pemain muda dari Indonesia.

Seorang lagi pemain import yang dikekalkan ialah pemain kebangsaan Singapura, Safuwan Baharuddin manakala Mohamadou Sumareh masih menunggu rayuan untuk ditukar status sebagai pemain tempatan setelah PBNP menghantar surat rayuan pada November lepas.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Match

(LS17)
Super League
Darul Makmur Stadium, KUANTAN

(S1FA)
Shopee FA Cup
Darul Makmur Stadium, KUANTAN