Barisan terkuat Tok Gajah hadapi The Bos Gaurus

June 21, 2019

Oleh : Asrol Awang

KUANTAN: Skuad Pahang menyenaraikan kesebelasan utama apabila melayan kunjungan Perak pada aksi separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Darul Makmur, malam esok.  

Ia disahkan pengendali Tok Gajah, Dollah Salleh yang mahu anak buahnya mencatat keputusan selesa sebagai bekalan apabila berkunjung ke Stadium Perak, Ipoh, 29 Jun ini.  

“Saya gembira kerana kita tiada masalah penggantungan dan kecederaan pemain apabila bertemu Perak, malam esok.  

“Oleh itu, saya mengharapkan semua pemain dapat mempersembahkan corak permainan terbaik untuk mengecewakan lawan.  

“Pada musim ini, pasukan hanya dapat menyenaraikan kesebelasan utama dalam tiga perlawanan awal sebelum menghadapi masalah kecederaan dan penggantungan,” katanya.  

Bagi menghadapi tentangan sengit The Bos Gaurus malam esok, Dollah tetap mempertaruhkan dua `permata hitam’ iaitu Dickson Nwakaeme dan Lazarus Kaimbi di bahagian serangan.  

Bekas pemain kebangsaan itu berkata, peningkatan permainan dan persefahaman dua penyerang import itu ketika berdepan PKNP FC Selasa lalu, dilihat dapat membantu pasukan melakar kemenangan.  

“Sentuhan jaringan Nwakaeme dan Kaimbi sangat diperlukan dalam masa yang sama pemain lain juga diharap berada pada prestasi lebih baik,” katanya.  

Berdasarkan rekod pertemuan kedua-dua pasukan musim ini, skuad Tok Gajah seri 0-0 dalam saingan Liga Super di Kuantan pada 19 Mei lalu.

Artikel Asal : https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2019/06/576539/barisan-terkuat-tok-gajah-hadapi-bos-gaurus


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Match

(PMS1)
Malaysia Cup
Darulaman Stadium, ALOR SETAR

(PMS2)
Malaysia Cup
Darul Makmur Stadium, KUANTAN