Belasah PKNP, Pahang lega peluang kembali terbuka

August 2, 2017

Peluang Pahang yang sebelum ini sukar untuk mara ke peringkat kalah mati TM Piala FA kembali terbuka apabila menang dengan membelasah pendahulu kumpulan, PKNP FC 6-0 di Stadium Darulmakmur malam tadi.

Dengan kekalahan 1-4 Negeri Sembilan di tangan TTeam di Kuala Terengganu menyebabkan perlawanan terakhir peringkat kumpulan pada bulan September nanti bakal menjadi penentu wakil terakhir kumpulan A setelah PKNP FC sudahpun mengesahkan tempat sebelum ini.

Perlawanan semalam menyaksikan Pahang kembali menyenaraikan Joseph Kallang Tie di kesebelasan utama bagi menggantikan Syamim yang cedera manakala Helmi Eliza, dan Faisal Rosli masing-masing menggantikan Azraie dan Zubir Azmi.

PM5 PAHPKNP 3

Menyedari perlunya kemenangan, Pahang galak mengasak benteng PKNP dan berjaya mendahului pelawat pada minit ke 28 melalui Wan Zaharulnizam yang melakukan satu lambungan cantik ke penjuru kiri pintu gol PKNP menewaskan Asyraaf.

Joseph kemudiannya menjadikan kedudukan 2-0 setelah 5 minit berselang apabila melakukan satu rembatan voli rendah dari luar kotak penalti yang gagal ditangkap kemas oleh Asyraaf dan kemudian menambah lagi gol kedua peribadinya malam itu dengan meyambut hantaran lintang ketua pasukan Matt Davies untuk menjadikan kedudukan 3-0 hingga tamat separuh masa pertama.

PM5 PAHPKNP 2

Serangan Pahang tidak terhenti di situ dan menambah lagi jaringan pada minit ke 53 oleh Zaharulnizam yang melakukan rembatan cantik dari luar kota penalti untuk menewaskan sekali lagi Asyraaf.

Ketinggalan dengan keputusan 0-4, Abu Bakar Fadzim melakukan pertukaran penjaga gol mereka namun itu tidak menghalang Pahang menambah dua lagi jaringan melalui Afif Amiruddin dan Matheus Alves masing-masing pada minit ke 82 dan 86 untuk menjadikan tuan rumah menang besar dengan keputusan 6-0.

Keputusan ini melonjakkan Pahang ditangga kedua peringkat kumpulan dibelakang PKNP dan mendahului N.Sembilan dan TTeam FC dengan 1 mata di tempat ketiga dan keempat.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features