Bernhardt gugurkan Davies

February 6, 2017

Ketua Jurulatih Skuad bawah 22 tahun negara, Frank Bernhardt terpaksa membuat keputusan menggugurkan Ketua Pasukan Pahang, Matthew Davies dalam senarai ke Ho Chi Minh berikutan beliau dilaporkan cedera selepas bermain dengan Pahang dalam saingan Liga Super di Kuching semalam.

Selain Davies, pemain Sarawak, Nur Shamie Iszuan juga digugurkan atas alasan yang sama.

Walaubagaimanapun, situasi itu tidak merisaukan Bernhardt kerana masih mempunyai pemain yang sudah diletakkan dalam keadaan siap sedia iaitu dengan memanggilkan N Thanabalan dari Felcra FC dan Mohd Shahrul Hakim dari Kelantan bagi menggantikan dua pemain ini.

“Kita tidak bernasib baik apabila terdapat dua kecederaan. Ia mungkin bukan tugas senang tetapi kami pasti mahu lakukan yang terbaik. Kita kena cari jalan penyelesaian terbaik.

“Pasukan kita dan Vietnam menghadapi situasi berbeza namun kita perlu atasi dan cuba lakukan yang terbaik.

“Sebagai persiapan Sukan SEA, kita kena menentang pasukan yang kuat dan cuba bermain dengan cara sendiri

 20

Pasukan Harimau Malaysia B22 negara ke Vietnam untuk menghadapi perlawanan persahabatan menentang Skuad Vietnam B22 yang dijadualkan diadakan di Stadium Thong Nhat, Ho Chi Minh pada hari Selasa, 7 Februari.

Perlawanan ini adalah salah satu persediaan untuk menghadapi Sukan SEA ke 29 yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 19 hingga 31 Ogos 2017 yang mana bolasepak menjadi salah satu acara yang disasarkan untuk memperolehi pingat emas.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features