Bos Gaurus ujian pertama Tok Gajah

January 14, 2018

Seakan mengulangi jadual musim lepas, Perak menjadi lawan pertama yang bakal dihadapi pasukan Pahang dalam jadual fasa pertama yang dikeluarkan oleh Football Malaysia Liability Limited Partnership (FMLLP) pada hari Khamis.

Bezanya pada kali ini, perlawanan tersebut akan berlangsung di Stadium Darulmakmur yang mana Pahang yang akan bertindak selaku pasukan tuan rumah setelah Perak melakukannya pada musim 2017.

Menurut FMLLP, jadual kali ini mengambil kira dari pelbagai sudut dan disesuaikan mengikut jadual-jadual pertandingan antarabangsa antaranya seperti AFC Champions League 2018, AFC Cup 2018, SUKMA 2018, Piala AFF Suzuki 2018, serta Kalendar FIFA bagi pasukan Kebangsaan.

Walaupun begitu, FMLLP hanya mengeluarkan jadual untuk fasa pertama yang melibatkan hari perlawanan yang pertama sehingga hari perlawanan yang kedua belas bagi persediaan pasukan yang bertanding dan untuk bakinya akan diumumkan pada fasa kedua iaitu selewat-lewatnya 60 hari selepas sepak mula liga bermula.

Bagi musim ini, akan terdapat perlawanan yang telah dijadualkan pada setiap hari Jumaat, Sabtu atau Ahad untuk perlawanan hujung minggu manakala pada hari Isnin, Selasa, Rabu atau Khamis (perlawanan pertengahan minggu) bagi pemilihan siaran langsung bagi beberapa perlawanan dibuat secara seimbang oleh penyiar rasmi liga.

Perlawanan di Stadium Darul Makmur pula diumumkan beraksi pada waktu petang untuk jadual kali ini tetapi dijangka akan mengalami perubahan setelah ujian kecerahan lampu dijalankan pada hari Jumaat baru-baru ini.

Berikut adalah ringkasan perlawanan Liga Super yang bakal dihadapi Pahang :

LS1 Ahad, 4 Feb 18 | Pahang lwn Perak
LS2 Rabu, 7 Feb 18 | PKNS FC lwn Pahang
LS3 Sabtu, 10 Feb 18 | Pahang lwn Kelantan
LS4 Sabtu, 24 Feb 18 | Selangor lwn Pahang
LS5 Sabtu, 10 Mac 18 | Pahang lwn Negeri Sembilan
LS6 Jumaat, 30 Mac 18 | Johor DT lwn Pahang
LS7 Rabu, 4 April 18 | PKNP FC lwn Pahang
LS8 Ahad, 15 April 18 | Kuala Lumpur lwn Pahang
LS9 Sabtu, 28 April 18 | Pahang Melaka United
LS10 Selasa, 1 Mei 18 | Terengganu FC lwn Pahang
LS11 Sabtu, 5 Mei 18 | Kedah lwn Pahang
LS12 Jumaat, 11 Mei 18 | Pahang lwn Terengganu FC


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features