Bukan rezeki saya – Nor Azam

November 4, 2018

Oleh : Aziman Rosdi

KUALA LUMPUR: Pemain tengah Nor Azam Azih mengakui terkejut apabila namanya tiada dalam senarai akhir 23 pemain skuad Harimau Malaya ke saingan Piala AFF 2018 yang diumumkan hari ini.

Bagaimanapun keputusan Tan Cheng Hoe itu diterima dengan hati yang terbuka dan dia percaya pengendali negara itu mempunyai perancangan terbaik untuk pasukan.

“Saya dimaklumkan mengenai keputusan itu pagi tadi, memang agak terkejut tapi sebagai pemain saya kena terima, mungkin bukan rezeki saya kali ini.

“Memang sebelum ini saya cedera hamstring tapi sudah semakin pulih. Saya boleh menjalani latihan dan bermain meskipun semalam ada terasa sedikit sakit, sebab ia perlawanan pertama saya lagipun beraksi dalam hujan.

“Jika saya dipilih, saya fikir boleh meningkatkan tahap kecergasan dan boleh bermain dalam perlawanan tertentu tapi mungkin jurulatih tidak mahu mengambil risiko,” katanya kepada Sukan NSTP, hari ini.

Pemain berusia 23 tahun itu hanya beraksi selama 45 minit sebelum dikeluarkan pada babak kedua ketika Malaysia menewaskan Maldives 3-0 pada perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.

Nor Azam yang menjadi tonggak Pahang dalam saingan Liga Malaysia musim ini turut menyumbang kepada kejayaan skuad bawah 23 tahun negara mara ke suku akhir Kejohanan AFC di China awal tahun ini.

Ketiadaan Nor Azam yang diakui boleh bertindak sebagai pemain perancang menyaksikan Cheng Hoe hanya memiliki tiga pemain tengah bertahan iaitu Akram Mahinan, Kenny Pallraj dan Syamer Kutty Abba.

Selain Nor Azam, pemain serba boleh yang boleh beraksi di pertahanan kanan dan kiri serta sayap iaitu Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham turut digugurkan bersama seorang lagi pemain tengah Azzizan Nordin yang tidak beraksi semalam.

Ketiadaan Azrif menyaksikan Cheng Hoe hanya memiliki dua pertahanan kanan Syahmi Safari dan Amirul Azhan Aznan yang kurang beraksi bersama skuad senior di peringkat antarabangsa.

Skuad Harimau Malaya akan berlepas ke Phnom Penh Selasa ini bagi aksi pertama Kumpulan A Piala AFF menentang Kemboja pada Khamis sebelum menentang Laos di Bukit Jalil (12 November), Vietnam di Hanoi (16 November) dengan aksi terakhir bertemu Myanmar di Bukit Jalil (24 November).

Berita Asal


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features

  • MFL janji saingan Liga Malaysia 2019 lebih meriah

    Malaysia Football League (MFL) menjanjikan saingan yang lebih meriah dan menyeluruh untuk Liga Malaysia pada musim 2019 berikutan beberapa lagi

    Read More…

  • Sumareh kini pemain tempatan

    Penantian Sumareh untuk bergelar pemain tempatan berakhir apabila Malaysia Football League (MFL) kini meluluskan permohonan rayuan Pahang untuk menjadikan beliau

    Read More…

  • KL ujian pertama

    Skuad warga kota, Kuala Lumpur akan menjadi lawan pertama pasukan Pahang dalam saingan Liga Super untuk musim ini setelah jadual

    Read More…

  • Kena tunggu

    Pahang terpaksa menunggu selewat-lewatnya 16 Januari ini jika mahu mendaftarkan pemain naturalisasi Malaysia yang pertama Mohamadou Sumareh sebagai pemain tempatan

    Read More…

  • Bangkok sekali lagi jadi destinasi pra musim

    Sekali lagi seperti dua tahun sebelum, negara jiran Thailand menjadi pilihan untuk pasukan Liga Super Pahang menjadikan medan bagi mencari keserasian

    Read More…