Bunyamin tambah yakin

June 5, 2018

Oleh : Asrol Awang

KUANTAN: Penampilan tiga perlawanan berturut-turut menambah keyakinan buat pemain pertahanan Pahang, Bunyamin Umar untuk mempamerkan prestasi lebih mantap dalam saingan Liga Malaysia musim ini.

Pemain berasal dari Kedah itu berkata, kepercayaan yang diberikan jurulatih, Dollah Salleh menambah lagi komitmen untuk membantu kubu Tok Gajah lebih kebal.

“Saya akui berada dalam kesebelasan utama sejak tiga perlawanan bukan saja menambah keyakinan, malah tahap kecergasan juga amat positif.

“Ketika kami tewas 0-2 kepada Kedah, saya tidak dapat mempamerkan prestasi yang diinginkan dan tidak dapat beraksi sehingga tamat perlawanan.

“Tapi, pada penampilan kedua iaitu menang besar 4-0 ke atas Kuala Lumpur dan PKNP FC (2-1), prestasi saya semakin meningkat dan serasi bersama rakan sepasukan,” katanya.

Bunyamin menjadi pilihan Dollah selaku pemain utama menggantikan Afif Aminuddin yang mengalami kecederaan.

Justeru, pemain berumur 30 tahun itu bergandingan bersama Matthew Davies, Mohd Faisal Rosli dan Muslim Ahmad di bahagian pertahahan.

Ditanya peluang skuad Tok Gajah untuk meraih tiga mata apabila bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) Sabtu ini, dia dan rakan sepasukan akan berusaha untuk mencapai misi itu.

Katanya, dua kemenangan berturut-turut yang dicatat ke atas Kuala Lumpur dan PKNP akan dijadikan pencetus semangat untuk melakar kemenangan.

“Kami tidak boleh keciciran mata jika mahu merapatkan jurang gol dengan JDT dan keputusan positif diharap dapat dicapai,” katanya.

Berita Asal


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features

  • MFL janji saingan Liga Malaysia 2019 lebih meriah

    Malaysia Football League (MFL) menjanjikan saingan yang lebih meriah dan menyeluruh untuk Liga Malaysia pada musim 2019 berikutan beberapa lagi

    Read More…

  • Sumareh kini pemain tempatan

    Penantian Sumareh untuk bergelar pemain tempatan berakhir apabila Malaysia Football League (MFL) kini meluluskan permohonan rayuan Pahang untuk menjadikan beliau

    Read More…

  • KL ujian pertama

    Skuad warga kota, Kuala Lumpur akan menjadi lawan pertama pasukan Pahang dalam saingan Liga Super untuk musim ini setelah jadual

    Read More…

  • Kena tunggu

    Pahang terpaksa menunggu selewat-lewatnya 16 Januari ini jika mahu mendaftarkan pemain naturalisasi Malaysia yang pertama Mohamadou Sumareh sebagai pemain tempatan

    Read More…

  • Bangkok sekali lagi jadi destinasi pra musim

    Sekali lagi seperti dua tahun sebelum, negara jiran Thailand menjadi pilihan untuk pasukan Liga Super Pahang menjadikan medan bagi mencari keserasian

    Read More…