Shopee Piala FA 2018

Hatrik Cruz buat Harimau menangis

April 21, 2018

Jaringan hatrik dari penyerang import Pahang, Patrick Cruz meleburkan rekod 52 perlawanan tanpa kalah Johor DT di tempat sendiri dan lebih memeritkan menyingkirkan pasukan bintang itu dari saingan Shopee Piala FA 2018 pada malam tadi. Walaupun berhadapan dengan masalah kecederaan beberapa pemain beberaa hari sebelum perlawanan, Dollah Salleh akhirnya menarik nafas lega kerana dapat menurunkan

Read More…

Tugas sukar Pahang di suku akhir

March 21, 2018

Seakan-akan lawan tradisi di Piala FA, Pahang sekali lagi di ‘jodoh’kan dengan Johor DT apabila kedua-dua pasukan akan bertemu sesama sendiri dalam peringkat suku akhir Shopee Piala Malaysia 2018 setelah majlis undian selesai dijalankan semalam. Berlangsung di Restoran Hard Rock, Jalan Sultan Ismail Kuala Lumpur, majlis undian tersebut turut disaksikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP,

Read More…

Lawan suku akhir akan diketahui esok

March 19, 2018

Esok (20 Mac 2018) akan terjawab tanda tanya lawan Pahang bagi pusingan suku akhir apabila undian bagi saingan Shopee Piala FA 2018 akan dilakukan di Ibu kota Kuala Lumpur seperti diumumkan FMLLP di laman sosialnya sebentar tadi. Bakal diadakan di Restoran Hard Rock Cafe, Jalan Sultan Ismail Kuala Lumpur pada jam 4 petang, acara ini akan

Read More…

Piala FA: Pahang hilang khidmat Forkey Doe

March 18, 2018

Suka dalam duka, Pahang terpaksa membayar harga mahal di atas kejayaan layak ke suku akhir Piala FA dengan menewaskan Kedah 1-0, apabila penyerang berbisa, Francis Forkey Doe, mengalami kecederaan serius yang mungkin memaksanya berehat panjang. “Doktor akan membuat penilaian terhadap kecederaan dan kecederaannya itu dilihat agak serius,” kata ketua jurulatih Pahang, Dollah Salleh. Insiden pada

Read More…

Disiplin pemain bantu Pahang mara ke suku akhir Piala FA

March 18, 2018

KETUA jurulatih skuad Tok Gajah, Dollah Salleh menyifatkan disiplin kental anak buahnya antara faktor yang menyumbang kepada kejayaan pasukan itu menyingkirkan juara bertahan Kedah daripada saingan Piala FA dalam pertemuan peringkat ketiga di Stadium  Darul Makmur, di sini malam tadi. Sekalipun bermula baik, rentak permainan Pahang terjejas apabila penyerang importnya Francis Forkey Doe dikeluarkan pada minit

Read More…

Pahang singkir juara bertahan untuk ke suku akhir

March 18, 2018

Juara bertahan, Kedah tersingkir dalam saingan Shopee Piala FA 2018 apabila disingkirkan lawan mereka pada perlawanan akhir musim lepas Pahang dalam saingan mendebarkan di Stadium Darul Makmur semalam. Walaupun begitu, kemenangan Pahang ini terpaksa dibayar dengan harga mahal apabila penyerang import tambatan mereka, Forkey Doe mengalami kecederaan serius sehingga dikeluarkan dari permainan pada awal babak

Read More…

Pahang, Kedah kembali berentap

March 7, 2018

Bagai ulangan perlawanan akhir Piala FA pada musim lepas, Pahang dan Kedah sekali lagi akan berentap di saingan yang sama pada musim ini tetapi kali ini lebih awal iaitu di pusingan ke-3 setelah undian yang dijalankan petang semalam oleh FMLLP. Dijalankan di Restoran The Bee Publika Mall, undian yang dijalankan bermula jam 3 petang juga

Read More…

Lawan Pahang terjawab hari ini

March 6, 2018

Debaran siapa yang menjadi halangan seterusnya untuk Pahang dalam pusingan ke-3 Shopee Piala FA akan terjawab pada hari ini apabila pihak FMLLP akan mengadakan sesi undiannya pada jam 3 petang. Undian yang akan dijalankan di Restoran The Bee, Publika Dutamas akan menentukan juga nasib 15 lagi pasukan yang sudahpun layak setelah menang dengan lawan masing-masing

Read More…

Pahang tidak pamer kemampuan sebenar – Dollah

March 5, 2018

Oleh : Asrol Awang KUANTAN: Dollah Salleh mengakui Pahang tidak beraksi pada tahap terbaik ketika menang 2-1 ke atas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada pusingan kedua Piala FA, malam tadi. Pengendali Pahang itu berkata, sikap mengambil mudah pertemuan dengan ATM itu menyebabkan hanya dua gol, masing-masing satu gol pada separuh masa mampu dihasilkan. Katanya, pada

Read More…

News & Features