Christie gigih pikat hati Dollah

June 8, 2017

Oleh : Asrol Awang
KUANTAN: Pemain tengah Pahang, Christie Jayaselan bersedia untuk memikat hati pengendali skuad itu, Dollah Salleh untuk berada dalam kesebelasan utama sebaik saingan Liga Super bersambung bulan depan.

Justeru, tempoh rehat saingan Liga Malaysia (Liga M) ternyata memberi lebih ruang kepada pemain itu untuk memperbaiki kelemahan diri dan kembali mendapatkan prestasi lebih baik.

Katanya, sesi latihan sepanjang Ramadan dimanfaatkan sebaik mungkin untuk meningkatkan kualiti permainan dan keserasian bersama rakan sepasukan.

“Saya akui lebih banyak bertindak sebagai pemain gantian dan mengharapkan permulaan yang positif apabila liga bersambung nanti.

“Walaupun rakan sepasukan turut mahu berada dalam kesebelasan utama, saya akan terus bersaing untuk mendapat kepercayaan jurulatih (Dollah Salleh).

“Saya harap permainan lebih meyakinkan dapat dipersembahkan untuk meletakkan Pahang pada prestasi yang terbaik,” katanya hari ini.

Berita asal


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features

  • MFL janji saingan Liga Malaysia 2019 lebih meriah

    Malaysia Football League (MFL) menjanjikan saingan yang lebih meriah dan menyeluruh untuk Liga Malaysia pada musim 2019 berikutan beberapa lagi

    Read More…

  • Sumareh kini pemain tempatan

    Penantian Sumareh untuk bergelar pemain tempatan berakhir apabila Malaysia Football League (MFL) kini meluluskan permohonan rayuan Pahang untuk menjadikan beliau

    Read More…

  • KL ujian pertama

    Skuad warga kota, Kuala Lumpur akan menjadi lawan pertama pasukan Pahang dalam saingan Liga Super untuk musim ini setelah jadual

    Read More…

  • Kena tunggu

    Pahang terpaksa menunggu selewat-lewatnya 16 Januari ini jika mahu mendaftarkan pemain naturalisasi Malaysia yang pertama Mohamadou Sumareh sebagai pemain tempatan

    Read More…

  • Bangkok sekali lagi jadi destinasi pra musim

    Sekali lagi seperti dua tahun sebelum, negara jiran Thailand menjadi pilihan untuk pasukan Liga Super Pahang menjadikan medan bagi mencari keserasian

    Read More…