Davies beri 3 mata buat Pahang

July 9, 2019

Gol Ketua Pasukan, Matthew Davies menghadiahkan 3 mata penting buat Pahang untuk terus memburu kedudukan kedua dalam saingan Liga Super yang berlangsung di Kuantan malam semalam.

Dikejutkan dengan kebangkitan pelawat di separuh masa kedua, Matthew Davies menanduk masuk gol hasil sepakan sudut Norazam Azih yang menjadikan gol kedua peribadinya pada musim ini selepas gol semasa menentang UKM dalam saingan Shopee Piala FA.

Pahang yang diuruskan oleh Penolong Ketua Jurulatih, Ahmad Shaharuddin Rosdi pada malam ini berikutan ketiadaan Dollah Salleh yang perlu menghadiri kursus kejurulatihannya menurunkan barisan yang sama ketika menang menentang Kuala Lumpur pada Sabtu.

Menguasai hampir keseluruhan perlawanan di babak pertama, Pahang membuka jaringan melalui Harold Goulon yang menanduk bola sepakan sudut Norazam Azih pada minit ke 30.

Sepakan sudut sekali lagi menjadi duri dalam daging buat PKNS dan kali ini melalui Muslim yang menyambung tandukan Safuwan Baharuddin dalam kotak penalti untuk menjadikan kedudukan 2-0 hingga tamat separuh masa kedua.

K Rajagobal kemudiannya melakukan dua pertukaran di babak kedua dengan memasukkan Gabby Guerra dan Akram Mahinan dan taktikal itu nyata memberi kesan apabila PKNS FC menyumbat dua gol dalam masa 6 minit.

Penjaring terbanyak Liga Super ketika ini Kpah Sherman, menambah akaun golnya apabila memperdayakan Remezey untuk gol pertama PKNS FC pada minit ke 60 dan kemudian Guerra sendiri menyamakan kedudukan menjadi 2-2 selepas 6 minit berselang.

Ketika permainan seakan berakhir dengan keputusan seri, Mathhew Davies menggamatkan penonton tuan rumah pada minit-minit terakhir perlawanan setelah menanduk bola sepakan sudut Norazam untuk membei mata penuh buat Pahang.

Keputusan ini mengukuhkan lagi kedudukan Pahang di tempat kedua dengan mempunyai satu lagi perlawanan dan hanya satu kemenangan diperlukan untuk mengesahkan kedudukan Naib Juara yang juga menjadi buruan Kedah, Melaka United dan Selangor.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Match