Debaran Piala Malaysia bermula

July 23, 2019

Teka-teki kumpulan yang bakal dihuni Pahang bakal terjawab hari ini apabila sesi undian Piala Malaysia 2019 akan diadakan sebentar lagi yang akan dibawa secara langsung di laman sosial Facebook MFL dan laman iflix sebentar lagi.

Pahang yang menghuni tangga kedua liga akan berada di balang 1 bersama-sama Juara Liga Super Johor DT, Selangor dan juga Kedah.

Selain itu balang-balang 2 diisi oleh pasukan dari tangga ke-5 hingga 8 Liga Super manakala pasukan di tangga ke-9 hingga 11 termasuk Juara Liga Perdana 2019 Sabah akan mengisi balang 3.

4 pasukan tangga teratas selepas Sabah akan mengisi balang keempat setelah menolak pasukan Johor DT II dan Terengganu FC II yang tidak layak beraksi kerana status sebagai ‘feeder club

Perlawanan pertama Piala Malaysia 2019 dijadualkan berlangsung pada 3 & 4 Ogos ini.

Berikut senarai penuh balang yang akan diisi oleh pasukan-pasukan :

Balang 1 : Johor DT, Pahang, Selangor, Kedah
Balang 2 : Perak, Melaka United, Terengganu FC, PJ City FC
Balang 3 : PKNS, Felda United, PKNP FC, Sabah
Balang 4 : PDRM, UiTM FC, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang,


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Match

(PM4)
Malaysia Cup
Darul Makmur Stadium, KUANTAN

(PM5)
Malaysia Cup
Perak Stadium, IPOH