Debaran TM Piala Malaysia 2017 bermula

May 22, 2017

Penentuan kumpulan bagi 16 pasukan yang sudahpun layak ke TM Piala Malaysia 2017 bakal terjawab hari ini apabila undian kumpulan akan dilakukan pada malam ini di Sri Pentas, Kuala Lumpur.

Majlis undian yang akan disiarkan secara langsung pada 10.30 malam ini semasa rancangan Scoreboard Extratime melalui saluran Media Prima, TV9 dimana 16 pasukan telah mengesahkan layak iaitu 11 pasukan dari Liga Super manakala 5 pasukan dari Liga Premier.

Untuk undian ini, Kesemua pasukan akan dibahagikan kepada 4 balang undian dengan Pahang yang mengakhiri pusingan pertama Liga Super di tempat kedua akan diletakkan dalam balang 1 bersama 3 lagi pasukan teratas Liga Super iaitu Johor DT, Kedah dan Perak.

Manakala pasukan lain ialah Selangor, Felda United, Kelantan dan T Team FC di balang 2, PKNS FC, Melaka United, Sarawak dan pendahulu Liga Premier N.Sembilan diletakkan di balang 3.

4 pasukan lain dari Liga Premier iaitu Terengganu, PKNP FC, K.Lumpur dan UiTM FC diletakkan di balang 4 yang merupakan balang terakhir.

TM PM2017 Draw PotKedudukan  di dalam kumpulan pula akan ditentukan seperti berikut :

  • A1, B1, C1 dan D1 – pasukan dari balang 1
  • A2, B2, C2 dan D2 – pasukan dari balang 2
  • A3, B3, C3 dan D3 – pasukan dari balang 3
  • A4, B4, C4 dan D4 – pasukan dari balang 4.

TM Piala Malaysia 2017 adalah edisi ke 91 dan merupakan kejohanan yang diiktiraf paling tua dalam di rantau ini dengan Kedah telah muncul Juara pada edisi ke 90 iaitu pada musim lepas dengan menewaskan Selangor melalui sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1 sehingga masa tambahan.

 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features

  • MFL janji saingan Liga Malaysia 2019 lebih meriah

    Malaysia Football League (MFL) menjanjikan saingan yang lebih meriah dan menyeluruh untuk Liga Malaysia pada musim 2019 berikutan beberapa lagi

    Read More…

  • Sumareh kini pemain tempatan

    Penantian Sumareh untuk bergelar pemain tempatan berakhir apabila Malaysia Football League (MFL) kini meluluskan permohonan rayuan Pahang untuk menjadikan beliau

    Read More…

  • KL ujian pertama

    Skuad warga kota, Kuala Lumpur akan menjadi lawan pertama pasukan Pahang dalam saingan Liga Super untuk musim ini setelah jadual

    Read More…

  • Kena tunggu

    Pahang terpaksa menunggu selewat-lewatnya 16 Januari ini jika mahu mendaftarkan pemain naturalisasi Malaysia yang pertama Mohamadou Sumareh sebagai pemain tempatan

    Read More…

  • Bangkok sekali lagi jadi destinasi pra musim

    Sekali lagi seperti dua tahun sebelum, negara jiran Thailand menjadi pilihan untuk pasukan Liga Super Pahang menjadikan medan bagi mencari keserasian

    Read More…