Debaran Unifi Piala Malaysia bermula

July 30, 2018

Setelah saingan Liga Super 2018 melabuhkan tirainya semalam, saingan Piala Malaysia pula membuka gelanggang dengan sesi undiannya akan bermula pada hari ini yang akan diadakan di Damansara Performing Arts Centre (DPAC) jam 3.30 petang ini.

Para peminat boleh mengikuti undian ini yang akan dibawakan secara langsung oleh Hyppe TV dan juga secara strim di iFlix.

Sebanyak 16 pasukan sudah pun layak ke peringkat kumpulan iaitu 11 pasukan dari Liga Super manakala 5 lagi pasukan dari Liga Premier.

Kelantan menjadi pasukan terakhir mengesahkan tempat setelah menewaskan Pahang di Kota Bharu semalam setelah satu lagi pasukan iaiatu Negeri Sembilan tewas kepada Melaka United untuk menduduki tempat terakhir dalam Liga dalam perlawanan yang diadakan pada Sabtu.

Masih mengekalkan format yang sama iaitu 4 pasukan di dalam 4 kumpulan yang berbeza dengan dua pasukan teratas akan layak ke pusingan kalah mati.

Cuma yang membezakan pada musim ini adalah Piala Malaysia pada kali ini dijalankan selepas sahaja saingan Liga Super berakhir berbanding musim yang lepas yang dijalankan serentak dengan saingan Liga Super.

Seperti biasa, untuk undian ini 16 pasukan telah diasingkan di dalam 4 balang berdasarkan kedudukan mereka di dalam Liga seperti berikut :

Perlawanan peringkat kumpulan akan dijalankan bermula 3 Ogos 2018 sehingga 16 September 2018, suku akhir (21-30 September 2018), separuh akhir (5-21 Oktober 2018) dan perlawanan akhir dijadualkan pada 27 Oktober 2018.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features