Disiplin faktor Tok Gajah menang – Dollah

March 1, 2017

Oleh : Asrol Awang

KUANTAN: Pengendali Pahang, Dollah Salleh menegaskan kemenangan 3-0 ke atas PKNS FC di Stadium Darul Makmur malam tadi, adalah disebabkan disiplin serta semangat juang tinggi semua pemain membantu skuad untuk meraih tiga mata.

Walaupun pada separuh masa pertama perlawanan pemainnya gagal beraksi dengan baik, namun semuanya berubah sebaik bersambung babak kedua.

Bekas jurulatih skuad kebangsaan itu berkata, disiplin tinggi pemainnya berjaya membantu mereka untuk mempamerkan prestasi terbaik selepas mendapat gol kedua dan hasilnya tiga mata menjadi milik Tok Gajah.

“Wan Azraie Wan Teh (penjaga gol) memainkan peranan penting kerana menyelamatkan beberapa cubaan berbahaya pada separuh masa pertama hasil serangan pantas pasukan lawan.

“Bagi saya, kemenangan ini bukannya senang kerana kami perlukan komitmen tinggi pemain yang agak keletihan akibat jadual (perlawanan) padat.

“Saya gembira kerana kita tidak bolos dan perkara utama adalah mendapat tiga mata di tempat sendiri,” katanya yang kembali mengemudi Pahang menjadi pasukan digeruni dalam saingan Liga Super musim ini dengan lima kemenangan daripada tujuh perlawanan setakat ini.

Sementara itu, pengendali PKNS FC, Elavarasan akur dengan kekalahan dialami skuadnya dan mengakui benteng pertahanan gagal mematahkan asakan skuad Tok Gajah.

Katanya, biar pun berusaha untuk bangkit menyamakan kedudukan selepas ketinggalan satu gol, tetapi peluang yang ada terutama pada separuh masa pertama gagal disempurnakan.

“Apabila Pahang menjaringkan gol kedua menerusi sepakan penalti, pemain masih lagi (bersemangat) berusaha untuk mengasak kubu lawan tetapi motivasi mereka menurun apabila Pahang memperoleh gol ketiga.

“Kita kena akui Pahang bermain dengan baik, terutama bahagian serangan mereka bijak menyempurnakan setiap peluang yang ada,” katanya.

Beliau mengharapkan pemainnya segera bangkit untuk kembali mengutip mata pada perlawanan akan datang jika mahu terus memberi saingan kepada pasukan lain.

Berita asal 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features

  • MFL janji saingan Liga Malaysia 2019 lebih meriah

    Malaysia Football League (MFL) menjanjikan saingan yang lebih meriah dan menyeluruh untuk Liga Malaysia pada musim 2019 berikutan beberapa lagi

    Read More…

  • Sumareh kini pemain tempatan

    Penantian Sumareh untuk bergelar pemain tempatan berakhir apabila Malaysia Football League (MFL) kini meluluskan permohonan rayuan Pahang untuk menjadikan beliau

    Read More…

  • KL ujian pertama

    Skuad warga kota, Kuala Lumpur akan menjadi lawan pertama pasukan Pahang dalam saingan Liga Super untuk musim ini setelah jadual

    Read More…

  • Kena tunggu

    Pahang terpaksa menunggu selewat-lewatnya 16 Januari ini jika mahu mendaftarkan pemain naturalisasi Malaysia yang pertama Mohamadou Sumareh sebagai pemain tempatan

    Read More…

  • Bangkok sekali lagi jadi destinasi pra musim

    Sekali lagi seperti dua tahun sebelum, negara jiran Thailand menjadi pilihan untuk pasukan Liga Super Pahang menjadikan medan bagi mencari keserasian

    Read More…