Dollah akui aksi lesu Pahang

February 15, 2017

Oleh : Rizar Mohd Noor

JOHOR BAHRU: Pengendali Pahang, Dollah Salleh tidak menafikan betapa aksi lesu pada babak pertama hampir meragut peluang skuad kendaliannya untuk melangkah ke pusingan ketiga saingan Piala FA, malam tadi.

Bagaimanapun, dia menghela nafas lega apabila barisannya kembali bangkit pada babak kedua untuk menewaskan Johor Darul Ta’zim II (JDT II) 4-2 pada aksi di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang.

“Sebenarnya aksi kurang konsisten ini sudah berlaku ketika menentang Sarawak apabila kami hanya menang tipis 1-0 sahaja tempoh hari dan ia berulang selepas tewas 4-1 kepada Kedah.

“Saya tidak sangka ia berulang lagi malam ini (malam tadi) apabila kami ketinggalan 2-0 pada babak pertama dan apabila saya bertindak menegur pemain barulah mereka bangkit.

“Saya memberitahu kepada Ahmad Syamim Yahya untuk memainkan peranan, bukan sekadar mengumpan bola sahaja sebaliknya perlu mengasak kubu lawan dan Wan Zaharulnizam Wan Zakaria pula mula berani memegang bola apabila bertindak menggelecek pertahanan lawan sekali gus memberi kesan positif pada babak kedua,” katanya.

Dollah juga menegaskan kelibat Mohd Afif Amiruddin dan Heo Jae-won juga memainkan peranan dengan mengekori rapat jentera serangan lawan kerana sebelum ini kedua-dua pemain itu terlalu bersahaja dan kesempatan itu mudah diambil lawan untuk mencipta jaringan.

Tambahnya, apabila semua pemain memainkan peranan dan mengikut arahan taktikal maka rentak permainan kembali mantap dan usaha berterusan sepanjang babak kedua berjaya menghasilkan jaringan penyamaan sebelum memenangi perlawanan dalam masa tambahan.

“Itu sebenarnya corak permainan yang diterapkan dan saya akui dua perlawanan lalu menentang Sarawak dan Kedah bukan aksi sebenar Pahang malah saya berpuas hati walaupun bergelut untuk melangkah ke pusingan ketiga.

“Sepatutnya kita boleh tamatkan perlawanan dalam tempoh 90 minit namun inilah bola sepak dan saya anggap ia memberi pengajaran kepada pemain supaya sentiasa fokus,” kata Dollah.

Berita asal


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features

  • MFL janji saingan Liga Malaysia 2019 lebih meriah

    Malaysia Football League (MFL) menjanjikan saingan yang lebih meriah dan menyeluruh untuk Liga Malaysia pada musim 2019 berikutan beberapa lagi

    Read More…

  • Sumareh kini pemain tempatan

    Penantian Sumareh untuk bergelar pemain tempatan berakhir apabila Malaysia Football League (MFL) kini meluluskan permohonan rayuan Pahang untuk menjadikan beliau

    Read More…

  • KL ujian pertama

    Skuad warga kota, Kuala Lumpur akan menjadi lawan pertama pasukan Pahang dalam saingan Liga Super untuk musim ini setelah jadual

    Read More…

  • Kena tunggu

    Pahang terpaksa menunggu selewat-lewatnya 16 Januari ini jika mahu mendaftarkan pemain naturalisasi Malaysia yang pertama Mohamadou Sumareh sebagai pemain tempatan

    Read More…

  • Bangkok sekali lagi jadi destinasi pra musim

    Sekali lagi seperti dua tahun sebelum, negara jiran Thailand menjadi pilihan untuk pasukan Liga Super Pahang menjadikan medan bagi mencari keserasian

    Read More…