Dollah ceria tiga tonggak kembali

June 17, 2019

Oleh : Asrol Awang

TIGA tonggak Pahang tidak beraksi di Stadium Darul Aman, Alor Setar, minggu lalu kembali diturunkan bagi melayan kunjungan PKNP FC, malam esok.

Perlawanan di Stadium Darul Makmur itu akan menyaksikan dua pemain pertahanan, Herold Goulon dan Mohd Faisal Rosli serta pemain tengah, Mohamadou Sumareh memperkuatkan skuad Tok Gajah yang hanya mampu seri pada aksi 0-0 ketika berkunjung ke Kedah.

Pengendali pasukan, Dollah Salleh berkata, kehadiran tiga pemain terbabit sudah pasti melegakan dan memberi banyak ruang kepadanya mengatur strategi berdepan skuad PKNP FC.

“Mereka digantung satu perlawanan kerana kad kuning, jadi untuk perlawanan itu, semuanya boleh diturunkan.

Malah, ia tepat pada masanya untuk membantu pasukan mencari tiga mata penting ketika pendahulu Liga semakin menjarakkan diri.

“Kita harap dengan kesebelasan utama dapat beraksi pada perlawanan itu, pasukan Pahang dapat merekodkan kemenangan dan menggunakan sepenuhnya kelebihan beraksi di gelanggang sendiri,” katanya.

Skuad Tok Gajah dijangka mempertaruhkan gandingan Dickson Nwakaeme dan Lazarus Kaimbi untuk merobek gawang kelab dari Perak itu.

Selain itu, kelincahan pemain import mereka, Sumareh ketika membantu Harimau Malaya mara ke pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 diharapkan dapat membantu menaikkan semangat rakan sepasukan.

Dollah turut berharap Nwakaeme dan Kaimbi segera mencari persefahamanan selepas gagal membantu pasukan ketika aksi menentang Kedah.

Ketika ini, Pahang mengutip 27 mata berada di tangga kedua Liga, semakin dihampiri Selangor yang memiliki 25 mata, manakala Kedah dan Melaka United pula masing-masing menungut 23 mata.

Artikel Asal : https://www.hmetro.com.my/arena/2019/06/466124/dollah-ceria-tiga-tonggak-kembali?fbclid=IwAR2NRnrky83PYz4UfrwntXc9VrFUe5LKlLvuwx1TmRyJl9fnJOCBXVyeA2U


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Match

(LS15)
Super League
Darul Makmur Stadium, KUANTAN

(LS22)
Super League
Darul Makmur Stadium, KUANTAN