Dollah gembira pemain temui rentak

February 28, 2017

Ketua Jurulatih Pahang, Dollah Salleh tidak dapat menyembunyikan perasaan gembiranya apabila melihat pemain sudah mula mendapat rentak setelah memperoleh kemenangan ketiga berturut-turut dan yang terakhir menundukkan Melaka United di gelanggang lawan pada hari Sabtu lepas.

Beliau akui, kekalahan kepada pendahulu liga Kedah di Darulaman membuatkan mereka hilang punca seketika namun mereka berusaha untuk membaiki kelemahan dan akhirnya mendapat rentak yang dicari semasa perlawanan Piala FA menentang JDT II di Pasir Gudang. 

“Malam ini (sabtu) pemain bermain dengan begitu baik sekali dan inilah yang sebenarnya yang kita mahu terapkan selama ini.

“Awal-awal lagi pemain dah kekalkan rentak selepas berlakunya kekalahan di Kedah dimana kita hilang punca dan Alhamdullillah pemain saya mendapat kembali rentak semasa perlawanan Piala FA menentang JDT II.

“Walaupun pada separuh masa pertama kita masih mencari-cari tetapi pada separuh masa kedua kita akhirnya mendapat rentak dan kita dapat mengekalkan seterusnya hingga hari ini.”

Beliau juga mengaku agak sukar untuk membuat pilihan pemain selepas ini kerana ada dari mereka sudah menunjukkan ‘belang’ dan kembalinya beberapa pemain dari kecederaan seperti seperti Kiko dan Dike.

“Saya sebenarnya selepas ini tiada masalah untuk menggantikan pemain-pemain dengan sesiapa sahaja

“Dan apa yang kita tengok Kiko dan Dike sekarang sudah berada di bangku simpanan dan kedua-duanya sudah pulih dari kecederaan dan hari ini mereka diserapkan jadi tiap-tiap pertukaran tidak akan jadi masalah kepada saya.

“Joseph juga sudah buktikan dia pun layak juga untuk mengisi kesebelasan utama dan ini bagus untuk pasukan tetapi sukar untuk saya menyenaraikan kesebelasan terbaik.”

Pahang akan membuat perhitungan seterusnya menentang PKNS FC dalam saingan Liga Super pada malam ini di Stadium Darulmakmur dalam misi untuk memintas Kedah sebagai pendahulu liga.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features

  • MFL janji saingan Liga Malaysia 2019 lebih meriah

    Malaysia Football League (MFL) menjanjikan saingan yang lebih meriah dan menyeluruh untuk Liga Malaysia pada musim 2019 berikutan beberapa lagi

    Read More…

  • Sumareh kini pemain tempatan

    Penantian Sumareh untuk bergelar pemain tempatan berakhir apabila Malaysia Football League (MFL) kini meluluskan permohonan rayuan Pahang untuk menjadikan beliau

    Read More…

  • KL ujian pertama

    Skuad warga kota, Kuala Lumpur akan menjadi lawan pertama pasukan Pahang dalam saingan Liga Super untuk musim ini setelah jadual

    Read More…

  • Kena tunggu

    Pahang terpaksa menunggu selewat-lewatnya 16 Januari ini jika mahu mendaftarkan pemain naturalisasi Malaysia yang pertama Mohamadou Sumareh sebagai pemain tempatan

    Read More…

  • Bangkok sekali lagi jadi destinasi pra musim

    Sekali lagi seperti dua tahun sebelum, negara jiran Thailand menjadi pilihan untuk pasukan Liga Super Pahang menjadikan medan bagi mencari keserasian

    Read More…