Dollah intai layak lebih awal

August 24, 2018

Oleh : Asrol Awang

KUANTAN: Skuad Pahang mahu memastikan slot suku akhir lebih awal daripada Kumpulan D apabila melayan kunjungan PKNP FC di Stadium Darul Makmur, malam esok.

Berbekalkan tujuh mata daripada tiga perlawanan, skuad Tok Gajah perlu memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri untuk mengesahkan tempat lebih awal.

Pengendalinya, Dollah Salleh berkata, kemenangan akan memberi kelebihan kepada mereka untuk berada dalam kelompok lapan pasukan terbaik.

“Oleh itu, saya mengharapkan semua pemain dapat mempamer komitmen tinggi untuk menewaskan lawan sekali gus mengutip tiga mata.

“Walaupun bakal diberi tentangan sengit, pemain perlu bijak untuk mengelak lawan mencuri mata kerana PKNP sudah pasti mahu menebus kekalahan 0-1 di Batu Kawan minggu lalu,” katanya.

Dollah berkata, skuad kendalinnya kini berada pada prestasi terbaik walaupun hanya kembali menjalani latihan kelmarin.

Katanya, dua kemenangan berturut-turut ketika menewaskan Selangor 2-0 dan PKNP 1-0 diyakini memberi semangat dan kekuatan kepada anak buahnya.

“Saya percaya semua pemain mahu mengekalkan keputusan positif ini dan memastikan PKNP dikalahkan untuk mengutip tiga mata,” katanya.

Berita Asal

 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features

  • MFL janji saingan Liga Malaysia 2019 lebih meriah

    Malaysia Football League (MFL) menjanjikan saingan yang lebih meriah dan menyeluruh untuk Liga Malaysia pada musim 2019 berikutan beberapa lagi

    Read More…

  • Sumareh kini pemain tempatan

    Penantian Sumareh untuk bergelar pemain tempatan berakhir apabila Malaysia Football League (MFL) kini meluluskan permohonan rayuan Pahang untuk menjadikan beliau

    Read More…

  • KL ujian pertama

    Skuad warga kota, Kuala Lumpur akan menjadi lawan pertama pasukan Pahang dalam saingan Liga Super untuk musim ini setelah jadual

    Read More…

  • Kena tunggu

    Pahang terpaksa menunggu selewat-lewatnya 16 Januari ini jika mahu mendaftarkan pemain naturalisasi Malaysia yang pertama Mohamadou Sumareh sebagai pemain tempatan

    Read More…

  • Bangkok sekali lagi jadi destinasi pra musim

    Sekali lagi seperti dua tahun sebelum, negara jiran Thailand menjadi pilihan untuk pasukan Liga Super Pahang menjadikan medan bagi mencari keserasian

    Read More…