Dollah puas hati prestasi pemain Tok Gajah

January 23, 2017

Pengendali Pahang, Dollah Salleh tetap berpuas hati prestasi dipamerkan anak buahnya meskipun sekadar seri 1-1 ketika berkunjung ke Ipoh menentang Perak aksi pertama Liga Super, kelmarin.

Bagi Dollah, keputusan itu tetap dianggap istimewa dan mahu dijadikan pencetus semangat untuk mereka beraksi lebih baik pada perlawanan akan datang,

“Pertama kali, Alhamdulillah. Satu permulaan yang baik di sini. Walaupun mereka gagal pertahan gol awal tetapi yang penting mereka berusaha sehingga ke saat akhir permainan.

“Saya berterima kasih kepada pemain kerana berjaya menjalankan tanggungjawab masing-masing,” katanya.

Pada aksi di Stadium Perak  itu, Pahang mendahului skuad bimbingan Karl-Heinz Weigang apabila Ahmad Shamim Yahya meledak gol pembukaan selepas menyempurnakan hantaran Mohamadou Sumareh.

Bagaimanapun, tuan rumah bangkit apabila Thiago menanduk masuk gol penyamaan pada minit ke-68 untuk membolehkan tuan rumah berkongsi mata.

Berita asal


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Match

(LS17)
Super League
Darul Makmur Stadium, KUANTAN

(S1FA)
Shopee FA Cup
Darul Makmur Stadium, KUANTAN