Dollah tak sangka bolos 4 kali

February 12, 2017

Oleh : Asrol Awang

KUANTAN: Pengendali Pahang, Dollah Salleh kecewa dengan persembahan barisannya selepas tumbang 4-1 kepada Kedah dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Aman, malam tadi.

Bekas jurulatih kebangsaan itu berkata, segala-galanya serba tidak menjadi buat skuad Tok Gajah dan tidak menjangkakan tewas dengan jaringan besar selepas barisan pertahanan mempamerkan aksi cemerlang dengan hanya dibolosi satu gol dalam tiga aksi sebelum ini.

“Sudah pasti kekalahan ini cukup mengecewakan saya kerana aksi terbaik yang diharap serba tidak menjadi kerana semua pemain hilang fokus 100 peratus dan dilihat berputus asa untuk memberi tentangan kepada Kedah.

“Kecederaan yang dialami Kiko Insa turut menjejaskan rentak permainan terutama di bahagian tengah yang menyebabkan Baddrol Bakhtiar dan Liridon Krasniqi bermaharajalela.

“Kepincangan di bahagian tengah cukup ketara hingga menyebabkan jentera serangan tidak menerima bola untuk mengasak benteng Kedah,” katanya.

Pada perlawanan itu, penyerang Ken Ilso menyumbat dua gol manakala Baddrol dan Farhan Roslan masing-masing meledak satu gol manakala gol saguhati Pahang dijaringkan Matheus Alves.

Berita Asal


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Match

(LS17)
Super League
Darul Makmur Stadium, KUANTAN

(S1FA)
Shopee FA Cup
Darul Makmur Stadium, KUANTAN