Dua aksi Liga Super Pahang dipinda

February 21, 2017

Aksi dua perlawanan Pahang dalam Liga Super dipinda menurut Football Malaysia LLP (FMLLP) dalam surat yang diedarkan kepada kesemua pasukan beberapa hari lepas.

Perlawanan yang melibatkan perlawanan ke 9 dan ke 12 Liga Super diluluskan untuk pindaan adalah kerana permintaan pihak Pengurusan dan Ketua Jurulatih Pasukan Kebangsaan untuk memberi lebih ruang kepada skuad Harimau Malaysia untuk menghadapi dua perlawanan antarabangsa pada bulan Mac.

afc asian cup uae 2019 logo

Pasukan Kebangsaan dijadualkan menghadapi Perlawanan Antarabangsa ‘A’ pada 22 Mac 2017 menentang Filipina di Manila sebelum menentang pasukan Korea Utara dalam Perlawanan Kelayakan Piala Asia UAE 2019 pada 28 Mac dan dijangka diadakan di Pyongyang.

Mengikut program persiapan pasukan, pemain-pemain yang dipanggil dikehendaki melapor diri bagi Latihan Pusat Pasukan Kebangsaan pada 13 Mac 2017.

Berikut adalah perlawanan-perlawanan yang terlibat :

Pahang lawan Felda United

Tarikh asal : Sabtu, 18 Mac 2017
Tarikh baru : Rabu, 26 April 2017
Masa : 9.00 mlm (tidak berubah)
Venue : Stadium Darulmakmur, KUANTAN (tidak berubah)

Selangor lawan Pahang

Tarikh asal : Rabu, 26 April 2017
Tarikh baru : Rabu, 24 Mei 2017
Masa : 9.00 mlm (tidak berubah)
Venue : Stadium MP Selayang, SELAYANG (tidak berubah)

Jadual penuh perlawanan pasukan Pahang boleh juga dilihat di pautan ini.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features

  • MFL janji saingan Liga Malaysia 2019 lebih meriah

    Malaysia Football League (MFL) menjanjikan saingan yang lebih meriah dan menyeluruh untuk Liga Malaysia pada musim 2019 berikutan beberapa lagi

    Read More…

  • Sumareh kini pemain tempatan

    Penantian Sumareh untuk bergelar pemain tempatan berakhir apabila Malaysia Football League (MFL) kini meluluskan permohonan rayuan Pahang untuk menjadikan beliau

    Read More…

  • KL ujian pertama

    Skuad warga kota, Kuala Lumpur akan menjadi lawan pertama pasukan Pahang dalam saingan Liga Super untuk musim ini setelah jadual

    Read More…

  • Kena tunggu

    Pahang terpaksa menunggu selewat-lewatnya 16 Januari ini jika mahu mendaftarkan pemain naturalisasi Malaysia yang pertama Mohamadou Sumareh sebagai pemain tempatan

    Read More…

  • Bangkok sekali lagi jadi destinasi pra musim

    Sekali lagi seperti dua tahun sebelum, negara jiran Thailand menjadi pilihan untuk pasukan Liga Super Pahang menjadikan medan bagi mencari keserasian

    Read More…