Dua gol dalam dua minit ranapkan Kelantan

April 9, 2017

Dua gol dalam masa dua minit semasa separuh masa kedua melegakan skuad Pahang apabila berjaya menewaskan Kelantan untuk mengutip tiga mata penuh dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV semalam.

Kepulangan dua bekas pemain Kelantan ke Kota Bharu semalam memberi igauan buruk kepada pasukan tuan rumah apabila Zaharulnizam menjaringkan gol penyamaan manakala Muslim beraksi cemerlang di pertahanan untuk menidakkan Ghaddar diberi lebih banyak ruang.

KELPHG B

Dollah Salleh melakukan pertukaran taktikal dalam perlawanan ini apabila bermain dengan formasi 4-1-3-2 dengan pemain import Korea Jaewon diletakkan sebagai pemain tengah bergandingan dengan Afif manakala Salomon menggantikan Syamim yang dihukum gantung perlawanan oleh FAM kerana berkelakuan tidak senonoh sebelum ini.

Kelantan bagaimanapun terlebih dahulu mengancam Pahang melalui Ghaddar pada minit ke 6 apabila melakukan larian solo namun salah paham dengan rakan sepasukan memudahkan Afif dapat mengeluarkan bola dari kawasan bahaya.

Ghaddar kemudiannya terus memberi ancaman kepada Pahang dan usahanya berjaya apabila melepasi perangkap offside untuk mudah menewaskan Azraie menjadikan Kelantan terlebih dahului mendahului pada minit ke 16.

Jaringan itu menjadikan Pahang tersentak dan terus melancarkan serangan bertali arus tetapi gagal menembusi pertahanan Kelantan yang diketuai Norhafiz Zamani Misbah dan Khairul Fahmi Che Mat sehinggalah tamat separuh masa pertama.

KELPHG C

Bersambung di babak kedua, anak-anak buah Dollah Salleh terus memberi tekanan kepada pasukan tuan rumah dan akhirnya berjaya menjaringkan gol penyamaan oleh Zaharulnizam yang menerima umpanan dari Alves pada minit ke 60.

Dua minit berselang, Pahang pula mengambil giliran mendahului melalui Matheus Alves yang menerima lorongan bola dari Azam yang kemudian mengelecek Khairul Fahmi terlebih dulu sebelum menolak ke gawang Kelantan yang sudah terbuka.

Pahang terus mendominasi permainan untuk mencari tambahan gol dengan sekali sekala Kelantan melakukan serangan balas namun kedudukan terus kekal sehingga wisel permainan ditiupkan oleh pengadil perlawanan, Mohd Nafeez Abdul Wahab.

Kemenangan ini meletakkan Pahang di persada Liga Super sekurang-kurangnya sehingga Rabu ini mengatasi Kedah dengan perbezaan jaringan setelah pasukan Lang Merah yang hanya mampu seri 2-2 dengan PKNS FC di Alor Setar.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Match

(LS17)
Super League
Darul Makmur Stadium, KUANTAN

(S1FA)
Shopee FA Cup
Darul Makmur Stadium, KUANTAN