Dua pemain Pahang antara 23 pemain pilihan OKS

March 9, 2017

Dua pemain Pahang dipilih antara 23 pemain yang disenaraikan oleh Ketua Jurulatih Malaysia, Datuk Ong Kim Swee untuk kem latihan pusat skuad Harimau Malaysia yang akan diadakan di Wisma FAM, Kelana Jaya bermula Isnin ini, 13 Mac 2017 seperti yang diumumkan dalam lawan web rasmi Persataun Bolasepak Malaysia (FAM) sebentar tadi.

Latihan pusat ini adalah bagi persiapan menghadapi perlawanan persahabatan antarabangsa “A” bertemu Filipina di Stadium Memorial Rizal, Manila pada 22 Mac dan perlawanan sulung Kumpulan B, Kelayakan Piala Asia 2019 bertemu Korea Utara pada 28 Mac ini.

8

Pemain pertahanan, Mohd Afif Amiruddin antara 5 pemain baharu yang mendapat panggilan kali ini selain Ketua Pasukan Pahang, Matthew Davies yang sering menjadi pilihan tetap Ong.

Ini bukanlah panggilan yang pertama bagi Afif kerana pernah mendapat peluang beraksi mewakili Malaysia ketika pasukan negara dibawah bimbingan Dollah Salleh sebelum ini namun kemerosotan prestasi menyebabkan beliau sering dipinggir.

Bagi Matthew Davies, beliau sentiasa menjadi pilihan bek kanan sejak layak mewakili Malaysia dan bakal menjadi saingan Rizal Ghazali untuk posisi tersebut.

Pemain-pemain perlu melapor diri pada hari Isnin, 13 Mac di Wisma FAM kecuali pemain JDT dan Felda United yang perlu melapor diri sehari selepas mereka beraksi pada perlawanan Piala AFC 2017 membabitkan pasukan masing-masing.

Skuad Harimau Malaysia dijangka berlepas ke Manila pada Isnin, 20 Mac untuk berdepan Filipina iaitu dua hari kemudian dan akan terus melakukan persiapan untuk menghadapi Korea Utara pada 28 Mac dimana venue perlawanan masih menjadi tanda tanya dan dijangka akan diumumkan oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) esok.

 

 

 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features