Alves, Sumareh calon pemain terbaik

March 7, 2017

Pemain import Pahang antara 5 calon pemain terbaik yang menjadi pilihan Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) untuk merangkul Anugerah Pemain terbaik bulan Februari PFAM-asiana.my seperti diumumkan di facebook mereka sebentar tadi.

Matheus Alves Leandro, pemain penyerang kelahiran Brazil sememang tidak dapat dinafikan sebagai salah satu calon favourite setelah muncul penjaring terbanyak dengan 7 gol setelah bulan Februari menutup tirai.

Beliau yang menjaringkan dua gol sebanyak dua kali iaitu semasa membelasah TTeam FC di Kuantan dan juga semasa menentang JDT di Larkin membukti ketajamannya bakal digeruni oleh semua pasukan pada musim ini.

Baru berumur 24 tahun, Matheus juga mengumpul 3 bantuan gol untuk membantu Pahang menduduki kedudukan kedua dibelakang Kedah ketika ini. 

03 Alves 1024x561

Seorang lagi pemain import Pahang iaitu Mohamaodue Sumareh yang berasal dari Gambia juga antara calon bagi  Anugerah Permain Terbaik bagi bulan Februari.

Kelicikan dan kelajuan beliau yang menjadi senjata utama nyata membuatkan pasukan lawan mengalami kesukaran untuk mengekangnya dan kerana inilah beliau antara penyumbang bantuan gol Pahang pada ketika ini.

Pernah berkelana di PDRM dan Perlis sebelum ini, Sumareh melakukan 5 bantuan gol dan 3 jaringan termasuk dua di Piala FA ketika menentang JDT II melayakkan pemain ini menjadi antara calon.

05 Sumareh 1024x561

Selain mereka berdua, tiga calon lain ialah Baddrol Bakhtiar dari Kedah, Mohammad Ghaddar (Kelantan) dan Mark Hartmann (Sarawak)

Ayuh, kita undi pemain Pahang sebagai pemain terbaik sebagai penaik semangat dan salah satu penghargaan peminat kepada mereka.

Undian boleh dilakukan di sini.

06 All 1024x561


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features