Faisal buru ‘slot automatik’ Tok Gajah

January 10, 2019

Oleh : Mohd Rafi Mamat

KUANTAN: Walaupun dibayangi kelibat pemain senior dan kebangsaan, Faisal Halim tetap tidak sesekali mengalah atau merendah diri untuk merebut tempat selaku pilihan utama membantu penggempur skuad Pahang.

Pastinya dia terpaksa bersaing dengan Mohamadou Sumareh, Wan Zaharulnizam, Azam Azih dan pemain lain di bahagian tengah, untuk membentuk gandingan serasi dengan penyerang diketuai Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo.

Bagi pemain kelahiran Pulau Pinang itu, dia ingin membuktikan tenaganya memang diperlukan Tok Gajah dalam kesebelasan utama dan bukannya selaku pilihan kedua.

“Saya akan berusaha sedaya upaya menarik perhatian jurulatih, Dollah Salleh dalam usaha membantu pasukan merangkul lebih banyak kejuaraan musim ini.

“Selain menambah keupayaan di bahagian serangan, saya mahu membentuk persefahaman lebih mantap dengan rakan sepasukan bagi memastikan misi memburu gol pada setiap perlawanan menjadi kenyataan,” katanya, di sini. 

Katanya, persiapan skuad Tok Gajah yang kini semakin rancak membuatkan pemian cukup yakin untuk muncul selaku pencabar utama di saingan Liga Super musim ini.

Faisal yang lebih terkenal dengan gelaran Mickey berkata, dia mahu membalas kepercayaan Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) yang terus mengekalkannya hingga musim 2020. 

“Selepas mendakap Piala FA musim lalu, impian saya seterusnya ialah untuk memiliki trofi Liga Super dan Piala Malaysia. Peluang ini mungkin dapat  diterjemahkan musim ini,” katanya.

Pada masa sama, Faisal juga mengakui dia sentiasa berhati-hati dan berharap tidak ditimpa kecederaan serius sepanjang kempen pra musim dan menjelang saingan Liga Super bermula Februari ini.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features

  • MFL janji saingan Liga Malaysia 2019 lebih meriah

    Malaysia Football League (MFL) menjanjikan saingan yang lebih meriah dan menyeluruh untuk Liga Malaysia pada musim 2019 berikutan beberapa lagi

    Read More…




  • Sumareh kini pemain tempatan

    Penantian Sumareh untuk bergelar pemain tempatan berakhir apabila Malaysia Football League (MFL) kini meluluskan permohonan rayuan Pahang untuk menjadikan beliau

    Read More…




  • KL ujian pertama

    Skuad warga kota, Kuala Lumpur akan menjadi lawan pertama pasukan Pahang dalam saingan Liga Super untuk musim ini setelah jadual

    Read More…




  • Kena tunggu

    Pahang terpaksa menunggu selewat-lewatnya 16 Januari ini jika mahu mendaftarkan pemain naturalisasi Malaysia yang pertama Mohamadou Sumareh sebagai pemain tempatan

    Read More…




  • Bangkok sekali lagi jadi destinasi pra musim

    Sekali lagi seperti dua tahun sebelum, negara jiran Thailand menjadi pilihan untuk pasukan Liga Super Pahang menjadikan medan bagi mencari keserasian

    Read More…