Faisal tercari-cari keserasian

January 12, 2018

Oleh : Asrol Awang

KUANTAN: Pertahanan Pahang, Faisal Rosli mengakui belum mencapai tahap prestasi terbaik menjelang saingan Liga Malaysia musim ini.

Pemain kelahiran Kuala Rompin itu berkata, masih banyak yang perlu dipertingkatkan terutama dari segi persefahaman antara rakan sepasukan.

Faisal yang beraksi di pertahanan kiri menyatakan dia memerlukan keserasian bagi membantu rakan di posisi tengah dan serangan.

“Apa yang boleh saya katakan persefahaman antara rakan masih lagi belum mencapai tahap yang diinginkan oleh jurulatih (Dollah Salleh).

“Saya harap persefahaman itu dicapai terutama antara saya dengan pemain import baharu dari Kemboja (Chan Vathanaka) yang bermain posisi tengah.

“Tapi saya percaya dengan sesi latihan dan aksi beberapa perlawanan persahabatan selepas ini akan membantu menghasilkan keputusan positif,” katanya.

Mengulas dua kemenangan dan tewas sekali pada aksi persahabatan di Thailand baru-baru ini, dia gembira kerana dapat beraksi semua tiga perlawanan itu biarpun tidak beraksi sepenuh masa.

Berita asal


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features

  • MFL janji saingan Liga Malaysia 2019 lebih meriah

    Malaysia Football League (MFL) menjanjikan saingan yang lebih meriah dan menyeluruh untuk Liga Malaysia pada musim 2019 berikutan beberapa lagi

    Read More…

  • Sumareh kini pemain tempatan

    Penantian Sumareh untuk bergelar pemain tempatan berakhir apabila Malaysia Football League (MFL) kini meluluskan permohonan rayuan Pahang untuk menjadikan beliau

    Read More…

  • KL ujian pertama

    Skuad warga kota, Kuala Lumpur akan menjadi lawan pertama pasukan Pahang dalam saingan Liga Super untuk musim ini setelah jadual

    Read More…

  • Kena tunggu

    Pahang terpaksa menunggu selewat-lewatnya 16 Januari ini jika mahu mendaftarkan pemain naturalisasi Malaysia yang pertama Mohamadou Sumareh sebagai pemain tempatan

    Read More…

  • Bangkok sekali lagi jadi destinasi pra musim

    Sekali lagi seperti dua tahun sebelum, negara jiran Thailand menjadi pilihan untuk pasukan Liga Super Pahang menjadikan medan bagi mencari keserasian

    Read More…