Felda ikat Pahang 1-1

April 26, 2017

HAJAT Tok Gajah meraih tiga mata tak kesampaian selepas sekadar terikat 1-1 menentang Felda United FC dalam saingan Liga Super di sini sebentar tadi.

Skuad kendalian Dollah Salleh terlebih dulu mengejutkan lawan dengan gol pembukaan menerusi penyerang import kelahiran Brazil Matheus Alves pada m-19.

Tersentak dengan situasi tersebut lawan giat mengatur gerakan dan empat minit kemudian giliran Felda menyamakan kedudukan menerusi pemain importnya Stuart James Wilson Wark.

Aksi permainan sedikit hambar menyaksikan bola lebih banyak berlegar- legar di tengah padang.

 

Kedudukan kekal 1-1 hingga tamat separuh babak pertama perlawanan.

Bersambung babak kedua,tuan rumah terus mengatur gerakan dan menguasai permainan antaranya rembatan pemain tengah gantian Wan Zaharulnizam Wan Zakaria dari luar kotak penalti sedikit tersasar pada m-60.

Pahang banyak mensia-siakan peluang terhidang dan kedudukan kekal hingga wisel penamat dibunyikan pengadil perlawanan Mohamad Nazmi Nasaruddin.

Keputusan itu menyaksikan Pahang masih kekal di tangga kedua liga dengan 21 mata selepas 11 perlawanan di belakang Johor Darul Ta’zim (JDT) yang terus mengukuhkan kedudukan selaku peneraju setakat in


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Match

(LS17)
Super League
Darul Makmur Stadium, KUANTAN

(S1FA)
Shopee FA Cup
Darul Makmur Stadium, KUANTAN