FMLLP perkenalkan trofi baru Liga Super

September 20, 2017

Football Malaysia Limited Liability and Partnership (FMLLP) semalam memperkenalkan trofi baru untuk Liga Super Malaysia yang akan mula diguna pakai pada musim 2017 dalam satu majlis yang berlangsung di Hotel Thisle, Johor Bahru.

Trofi yang akan menggantikan trofi sebelum ini yang sudah dipakai semenjak 2004 akan menjadi rebutan 12 pasukan yang bertanding dalam Liga Super yang merupakan liga tertinggi negara sejak diperkenalkan pada tahun 2004 lagi.

Bakal menjadi simbol kekuatan dan dinamik kesemua pasukan pertanding, trofi ini yang diperbuat daripada campuran perak, tembaga dan emas putih 24 karat berharga hampir RM200,000 dan mempunyai diameter tapak 252 milimeter dengan tinggi 655 milimeter menjadikan keseluruhan berat ialah 20 kg.

Para pemenang Liga Super akan diukir dibawah trofi tersebut dengan Johor DT menjadi nama pertama diukir berikutan menjuarai pada musim 2017 dan mempunyai rekaan futuristik dan elegen yang melambangkan era baru bolasepak Malaysia manakala warna keemasan yang sinonim dengan dominasi bagi pasukan yang bernaya mengharungi penat dan lelah untuk mendapatkannya.

WhatsApp Image 2017 09 19 at 6.08.39 PM


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Match

(LS17)
Super League
Darul Makmur Stadium, KUANTAN

(S1FA)
Shopee FA Cup
Darul Makmur Stadium, KUANTAN