FMLLP pinda perlawanan

July 26, 2017

Beberapa perlawanan yang melibatkan Pahang telah dijadualkan dipinda seperti yang diumumkan oleh Football Malaysia Limitied Liability Partnership (FMLLP) dalam laman sosial rasminya sebentar tadi.

3 perlawanan tersebut ialah 1 perlawanan untuk pertandingan TM Piala Malaysia manakala 2 perlawanan adalah melibatkan perlawanan Liga Super.

Bagi pertandingan TM Piala Malaysia, perlawanan terakhir kumpulan A iaitu menenentang FC TTeam di Stadium Darulmakmur yang dijadualkan pada hari Rabu, 9 Ogos 2017 dijadualkan semula pada hari Sabtu, 9 September 2017.

Pahang sekali lagi menentang TTeam FC tetapi kali ini dalam pertandingan Liga Super yang pada asalnya dijadualkan pada 30 September telah dipinda ke tarikh baru pada Rabu, 27 September 2017.

Satu lagi perlawanan yang terlibat ialah perlawanan terakhir Liga Super iaitu menentang Perak yang dipinda ke hari Sabtu 28 Oktober 2017 daripada tarikh asalnya pada 21 Oktober.

Kesemua venue perlawanan tidak berubah.

PINDAAN JADUAL

 Perubahan ini adalah kerana permintaan pihak penguruan pasukan bawah 22 tahun negara yang mahu memanggil pemain terbaik bagi menghadapi Kejohanan Sukan SEA yang akan berlangsung pada bulan Ogos nanti dengan Malaysia akan menjadi tuan rumah.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features

  • MFL janji saingan Liga Malaysia 2019 lebih meriah

    Malaysia Football League (MFL) menjanjikan saingan yang lebih meriah dan menyeluruh untuk Liga Malaysia pada musim 2019 berikutan beberapa lagi

    Read More…

  • Sumareh kini pemain tempatan

    Penantian Sumareh untuk bergelar pemain tempatan berakhir apabila Malaysia Football League (MFL) kini meluluskan permohonan rayuan Pahang untuk menjadikan beliau

    Read More…

  • KL ujian pertama

    Skuad warga kota, Kuala Lumpur akan menjadi lawan pertama pasukan Pahang dalam saingan Liga Super untuk musim ini setelah jadual

    Read More…

  • Kena tunggu

    Pahang terpaksa menunggu selewat-lewatnya 16 Januari ini jika mahu mendaftarkan pemain naturalisasi Malaysia yang pertama Mohamadou Sumareh sebagai pemain tempatan

    Read More…

  • Bangkok sekali lagi jadi destinasi pra musim

    Sekali lagi seperti dua tahun sebelum, negara jiran Thailand menjadi pilihan untuk pasukan Liga Super Pahang menjadikan medan bagi mencari keserasian

    Read More…