Gol Mat Yo ceriakan Harimau Malaya benam Kemboja

November 9, 2018

Penyerang Pahang, Norshahrul Idlan Talha atau Mat Yo menjadi wira untuk skuad kebangsaan apabila gol jaringannya memberi 3 mata penuh kepada Malaysia dalam perlawanan pertama Piala Suzuki AFF 2018 menentang Kemboja di Stadium Olimpik, Phonm Penh malam semalam.

Foto : FAM

Mat Yo yang bergandingan dengan Ketua pasukan, Zaquan Adha dalam posisi serangan membalas kepercayaan Tan Cheng Hoe apabila menanduk masuk bola hantaran Zaquan pada minit ke 30 menewaskan penjaga gol Kemboja Um Vichet.

Seorang lagi pemain Pahang, Mohamadou Sumareh juga cemerlang di sayap kanan dan beberapa kali mencemaskan kubu pasukan tuan rumah termasuk ketika permainan berbaki 5 minit terakhir apabila percubaannya terkena tiang walaupun Vichet sudahpun tertewas.

Lebih manis, Mat Yo terpilih sebagai Man of the Match dalam perlawanan tersebut dan membawa pulang sebuah telefon bimbit jenama Honor.

PHNOM PENH-CAMBODIA- Match photo during AFF Suzuki Cup 2018 Final Rounds group A between Cambodia vs Malaysia at the Olympic Stadium on November 8, 2018. Picture by Thananuwat Srirasant/Lagardere Sport.

Perlawanan seterusnya untuk pasukan kebangsaan adalah menentang Laos di halaman sendiri di Stadium Nasional Bukit Jalil pada hari Isnin, 12 November 2018.

 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features