Gol Romero bawa Pahang ke suku akhir

September 10, 2017

Jaringan pemain import dari Argentina, Yamil Romero ketika permainan berbaki 5 minit membawa skuad Tok Gajah mengesahkan slot mereka ke suku akhir TM Piala Malaysia 2017 setelah menewaskan TTeam 3-2 dalam perlawanan terakhir kumpulan semalam di Stadium Darulmakmur malam semalam.

Rembatan cantk Romero dari luar kotak penalti gagal ditepis keluar penjaga gol TTeam FC Muhammad Izuddin sekaligus memberi 3 mata berharga untuk pasukan tuan rumah bagi meneruskan kemaraan ke peringkat kalah mati.

30

Sebelum itu, Pemangku Jurulatih Pahang, Ahmad Shaharuddin Rosdi melakukan kejutan apabila menyenaraikan penyerang muda R Kogileswaren untuk bergandingan dengan Matheus Alves manakala dua wira Sukan SEA, Norazam Azih dan Matthew Davies juga mengisi kesebelasan utama setelah beraksi cemerlang dalam kejohanan tersebut. 

Pahang bermula garang setelah menyedari perlu menang untuk tidak bergantung kepada keputusan di Paroi untuk layak namun gagal memanfaatkan beberapa peluang terhidang manakala TTeam FC sering melakukan serangan balas yang kadang kala membahayakan kubu tuan rumah.

Matheus Alves kemudiannya menceriakan penyokong di Stadium Darulmakmur setelah menyambar hantaran lintang Kogileswaren yang berjaya menewaskan beberapa pemain pertahanan TTeam sebelum itu untuk Pahang mendahului sehingga tamat separuh masa pertama.

26

Bermula babak kedua, TTeam terlebih dahulu menyamakan kedudukan pada minit ke 52 setelah penjaga gol Pahang, Wan Azraie yang tidak melakukan sepakan sempurna dan bola berjaya dirampas Fauzi Kadar untuk melakukan hantaran lintang kepada Syed Sobri untuk mudah disudahkan menjadikan kedudukan 1-1.

Namun, seminit kemudian Norazam Azih melakukan lagi magisnya untuk menjadikan tuan rumah kembali mendahului setelah melakukan rembatan dari luar kotak penalti dan bola terkena tiang sebelum menerjah jaring.

21

Team FC tidak menyerah kalah dan terus mengasak sehingga sekali lagi menyamakan kedudukan menjadi 2-2 pada minit ke 56 setelah Abdoulaye menanduk sipi hantaran Syed Sobri dari kiri pintu gol Pahang menewaskan Azraie.

Permainan kembali rancak dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan tetapi gol Romero pada minit ke 85 menggamatkan penonton dan keputusan kekal sehingga tamat perlawanan.

24

 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features