Gol Rufino hentikan hajat Pahang

February 25, 2019

Hajat Pahang untuk mengutip mata penuh bagi terus memberi saingan di tempat teratas liga tidak kesampaian apabila disekat Selangor dalam perlawanan yang dijalankan di Stadium Darul Makmur malam tadi.

Gol jaringan penjaring terbanyak liga pada musim lepas Rufino Segovia pada babak kedua sudah cukup membolehkan Selangor merampas satu mata untuk Pahang terus kempunan menamatkan badi menang ke atas Selangor di tempat sendiri untuk saingan Liga Super.

Terlebih dahulu Dollah Salleh membuat kejutan apabila tidak menurunkan Dickson Nwakaeme dalam kesebelasan utama sebaliknya menurunkan Norshahrul Idlan Talha untuk bergandingan dengan Ze Love di bahagian serangan.

Wan Zaharulnizam pula menggantikan Norazam Azih yang digantung satu perlawanan gara-gara dilayangkan kad kuning kedua di Melaka pada Sabtu lepas.

Pahang mendahului pada minit ke-33 melalui jaringan Zaharulnizam yang melakukan rembatan leret dari luar kotak penalti menewaskan Azhan dan keputusan terus kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, Selangor meningkat rentak permainan dan berjaya menjaringkan gol penyamaan setelah Rufino melakukan percubaan dari kanan gawang Pahang setelah menerima hantaran Syazwan Zainon.

Pahang kemudiannya terpaksa bermain dengan 10 orang buat kali kedua berturut-turut apabila Harold Goulon dilayangkan kad kuning kedua setelah mengasari pemain lawan pada minit ke 70.

Kedudukan kekal 1-1 sehingga tamat masa penuh permainan untuk Pahang kini menghuni tangga ke 3 liga dengan 8 mata manakala Selangor di tangga ke 9 dengan 3 mata.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Match

(LS11)
Super League
Darul Makmur Stadium, KUANTAN